Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

11 Individu Paling Sesuai Dijadikan Rujukan Dalam Resume Anda Untuk Permohonan Kerja 

Oleh Cikgu Shaari • June 13, 2024 • 2 min baca

11 Individu Paling Sesuai Dijadikan Rujukan Dalam Resume Anda Untuk Permohonan Kerja 
Visual Archive // 2024
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sebenarnya perlu atau tidak meletakkan senarai nama rujukan dalam resume? Tidak wajib pun sebenarnya, tetapi tidak salah jika anda ingin meletakkan. Namun jika majikan minta anda untuk letakkan rujukan, anda wajib letakkannya.

Sekiranya anda nak letak senarai nama rujukan dalam resume, pastikan masukkan dalam 2 – 3 nama sahaja dan pastikan senarai nama tersebut boleh memberi kerjasama kepada anda serta respon positif apabila mendapat panggilan dari bakal majikan.

Siapa individu yang layak untuk dijadikan rujukan dalam resume anda untuk permohonan kerja? Rujuk di perkongsian bawah.

Baca juga: 5 Perkara Yang Patut Di Elakkan Dalam Resume Yang Ramai Tak Sedar

[ez-toc]

INDIVIDU YANG LAYAK DIJADIKAN RUJUKAN

Berikut adalah antara individu yang layak anda jadikan sebagai rujukan dalam resume anda:

  • Guru (Lepasan sekolah)
  • Ketua Program Pengajian (Graduan)
  • Penyelia Kerja Kursus/Tesis (Graduan)
  • Rakan sekerja
  • Kenalan perniagaan anda
  • Pengerusi persatuan
  • Pelanggan syarikat anda
  • Bekas majikan
  • Majikan
  • Supervisor Syarikat
  • Jurulatih/Ketua Sukarelawan

Baca: Contoh Resume Untuk Lepasan SPM: Download Format Resume Lengkap, Ringkas & Padat Ini

PERSEDIAAN MELETAKKAN RUJUKAN

Nak letakkan seseorang sebagai rujukan, jangan main letak sahaja. Pastikan senarai rujukan ini betul-betul mengenali anda dan telah bersedia serta tahu serba sedikit tentang temuduga yang akan anda hadiri. Berikan serba sedikit maklumat berkaitan temuduga dan pekerjaan yang anda mohon.

Hal ini adalah supaya rujukan anda dapat bersedia untuk menjawab sebarang soalan sekiranya ditanya mengenai anda. Pastikan rujukan yang anda letak bukanlah seseorang yang mempunyai hubungan yang tidak baik dengan anda.

PANDUAN MEMBUAT SENARAI RUJUKAN

Untuk memasukkan senarai rujukan dalam resume atau secara berasingan, pastikan maklumat seperti berikut adalah lengkap dan berformat:

  • Nama penuh rujukan
    Nama jawatan
    Nama syarikat/universiti
    Nombor telefon dan emel

Contoh:

11 Individu Ini Sesuai Dijadikan Rujukan Dalam Resume Anda Untuk Permohonan Kerja 1

Letakkan maklumat dan format seperti berikut untuk memudahkan bakal majikan menghubungi rujukan yang telah anda berikan sekiranya perlu.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Apa Yang Menjadikan Resume Kelihatan Menarik? Ini Resume Di Cari Majikan

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.