Pesakit atau individu yang memerlukan bekalan ubat susulan kini digalakkan menggunakan perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengurangkan pergerakan individu sekaligus menghindari kemungkinan penularan COVID-19. Perkhidmatan UMP ini membolehkan ubat dihantar terus ke rumah pesakit tanpa pesakit perlu datang ke hospital atau klinik kesihatan bagi mengambil ubat susulan mereka. […]