Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Resepi Kacang Pool Johor. Mudah Je Nak Buat Rupanya

Oleh Cikgu Shaari • April 13, 2020 • 2 min baca

Resepi Kacang Pool Johor. Mudah Je Nak Buat Rupanya
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pasti sudah ramai yang tahu kuah kacang pool ini terkenal di Negeri Johor. Semangkuk kuah yang penuh perisa, kemudian dicicah dengan roti yang lembut dan kenyal. Rasanya memang padu dan sedap untuk dijadikan juadah setiap masa terutamanya di waktu pagi.

Biasanya kita boleh dapatkan kuah kacang pool ini di kedai. Namun sebenarnya nak buat kuah kacang pool ini tidaklah susah mana pun. Bahan-bahannya pun tidak lah renyah sangat. Buat di rumah sahaja!

Ikuti perkongsian di bawah untuk bahan-bahan dan cara-cara membuat kacang pool.

BAHAN-BAHAN

  • 1 tin kacang parang
  • 1 tin kacang panggang
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • Minyak sapi
  • Rempah kari daging
  • Daging kisar
  • Serbuk lada hitam
  • Rempah ketumbar
  • Garam

CARA-CARANYA

Selepas sediakan bahan-bahan di atas, ikuti langkah berikut untuk cara membuat kacang pool:

  1.  Panaskan minyak sapi dan tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dicincang sehingga naik bau.
  2. Bancuh serbuk kari daging dengan satu cawan air.
  3. Masukkan serbuk kari daging yang telah dibancuh tadi ke dalam kuali dan kacau sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging cincang dan biarkan sehingga daging masak.
  5. Apabila daging sudah masak, masukkan rempah ketumbar dan serbuk lada hitam.
  6. Masukkan pula kacang parang dan kacang panggang. Kacaukan.
  7. Masukkan dua sudu garam.
  8. Biarkan ia masak seketika

Siap! Inilah caranya untuk buat kacang pool Johor. Bagi yang belum pernah cuba rasa, apa kata anda cuba sekarang. Bila lagi nak rasa makanan orang Johor? Sepanjang tempoh PKP ini lah peluang untuk kita cuba pelbagai resepi. Selamat mencuba!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.