Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Jangan Buang Air Basuhan Beras. Banyak Manfaatnya Untuk Rambut Yang Cantik & Sihat

Oleh Cikgu Shaari • April 13, 2020 • 2 min baca

Jangan Buang Air Basuhan Beras. Banyak Manfaatnya Untuk Rambut Yang Cantik & Sihat
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sebelum memasak nasi, berasnya pasti harus dibasuh terlebih dahulu. Namun tahukah anda bahawa air basuhan beras yang kita selalu buang itu mempunyai manfaat untuk kecantikan dan kesihatan rambut?

Air beras itu sendiri mengandungi banyak mineral dan zat yang berkhasiat untuk menyihatkan dalaman dan luaran tubuh badan kita.

Jangan Buang Air Basuhan Beras. Banyak Manfaatnya Untuk Rambut Yang Cantik & Sihat

Jika anda ingin tahu khasiat air basuhan beras kepada rambut, ikuti perkongsian di bawah.

MANFAAT AIR BERAS UNTUK RAMBUT

1 Menghilangkan Kutu

Ramai yang tidak tahu bahawa air beras boleh membunuh kutu rambut dan juga telur kutu pada rambut. Caranya adalah anda perlu bilas rambut dengan menggunakan air beras dan tutup kepala dengan topi mandi selama satu jam kemudian bilas rambut dengan air sehingga bersih.

2 Suburkan Rambut

Khasiat air beras adalah untuk menyuburkan rambut secara semula jadi. Setelah mencuci rambut dengan syampu, gunakan air cucian beras sebagai pengganti perapi rambut iaitu dengan membilas rambut dengan air beras.

Lakukan rutin ini sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mendapatkan kesan yang ketara.

3 Mengatasi Masalah Kelemumur

Kulit kepala dengan pH yang tidak seimbang merupakan salah satu penyebab utama rambut anda terdedah dengan ketumbuhan kelemumur di kepala. Membilas kulit kepala dengan air beras adalah cukup berkesan untuk mengimbangkan pH di kulit kepala.

4 Mengatasi Rambut Bercabang

Untuk mengatasi rambut bercabang, celupkan hujung rambut dalam semangkuk air cucian beras. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas rambut dengan air bersih.

5 Rambut Lebih Berkilau

Ingin rambut berkilau atau kehitaman pekat? Anda boleh mengunakan air beras dengan campuran air mawar untuk membilas rambut anda. Selepas itu, tutup kepala dengan topi mandi. Biarkan selama setengah jam, kemudian bilas rambut sehingga bersih.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mencantikkan dan menyihatkan rambut secara semula jadi. Daripada anda buang sahaja air beras yang penuh khasiat itu, apa kata anda cuba gunakannya. Selamat beramal!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.