Info

TM Lanjutkan Lagi Semua Inisiatif PKP Untuk Unifi Broadband & Unifi Mobile

April 14, 2020Oleh Cikgu Shaari2 min baca
TM Lanjutkan Lagi Semua Inisiatif PKP Untuk Unifi Broadband & Unifi Mobile

BERITA BAIK buat para pengguna TM Unifi! TM dengan tujuannya supaya pengguna kekal sihat dan kekal selamat sepanjang tempoh PKP memutuskan untuk memanjangkan lagi segala tawaran yang ada untuk semua pengguna.

TM kini melanjutkan lagi inisiatif sepanjang PKP itu sehingga 28 April 2020 iaitu seperti yang dijadualkan oleh kerajaan tamatnya PKP fasa ke tiga.

Antara inisiatif yang dilanjutkan lagi bagi memudahkan pengguna di rumah sepanjang tempoh PKP adalah seperti berikut.

Saluran Unifi TV Percuma

Pelanggan Unifi TV boleh menonton semua saluran di set-top-box (STB_ Unifi TV atau di aplikasi Unifi PlayTV secara percuma. Manakala segala filem dalam HyppFlicks diberikan diskaun sebanyak 20% kepada pengguna.

Percuma 999GB Hotspot Pass

Percuma 999GB pas hotspot kepada pelanggan pascabayar Unifi Mobile untuk dikongsikan juga dengan keluarga tercinta.

Pas #BEBAS Tanpa Had Percuma

Untuk pelanggan prabayar akan mendapat manfaat penggunaan data 4G LTE 7 hari (weekly) tanpa had percuma, termasuk berkongsi hotspot.

TM Lanjutkan Lagi Semua Inisiatif PKP Untuk Unifi Broadband & Unifi Mobile

Pengguna Unifi Broadband dan Unifi Mobile akan mendapat manfaat panggilan percuma ke hotline penting dan nombor-nombor kecemasan termasuk ke CPRC, cawangan KKM di setiap negeri, hospital-hospital yang melakukan saringan dan menerima pesakit COVID-19, serta hotline PKP.

Langkah ini diambil bagi memastikan rakyat Malaysia mempunyai akses percuma dan maklumat lengkap berkenaan perkara-perkara penting berkaitan COVID-19.

Pelanggan yang ingin mengajukan soalan atau terdapat masalah dengan TM boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan TM di seluruh negara yang beroperasi dari 7.00 pagi hingga 9.00 malam, menerusi pusat panggilan TM di 100, Live Chat, Media Sosial dan e-mel.

Topik artikel ini
Info
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda