Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Bagaimana Guna Khidmat Pos Untuk Dapatkan Bekalan Ubat Sepanjang PKP

Oleh Cikgu Shaari • April 14, 2020 • 2 min baca

Bagaimana Guna Khidmat Pos Untuk Dapatkan Bekalan Ubat Sepanjang PKP
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pesakit atau individu yang memerlukan bekalan ubat susulan kini digalakkan menggunakan perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengurangkan pergerakan individu sekaligus menghindari kemungkinan penularan COVID-19.

Perkhidmatan UMP ini membolehkan ubat dihantar terus ke rumah pesakit tanpa pesakit perlu datang ke hospital atau klinik kesihatan bagi mengambil ubat susulan mereka.

Baca: Bil Elektrik Tak Sampai Rumah? Bagaimana Nak Semak Bil? Jangan “Gabra”, Ini Sebab dan Solusinya

Kos penghantaran ubat bagi UMP adalah bernilai RM5.30 hingga RM10.60 mengikut berat dan zon penghantaran. Namun pesakit tidak perlu membayar kos penghantaran tersebut kerana kerajaan yang akan menanggung kos tersebut sehingga 30 Jun 2020.

Berikut adalah langkah-langkah yang akan pesakit lalui untuk mendapatkan ubat susulan melalui pos.

LANGKAH-LANGKAH UMP

Dalam mendapatkan ubat susulan yang pesakit perlukan melalui pos, pesakit akan menjalani langkah-langkah seperti berikut:

  1. Hubungi fasiliti kesihatan di mana pesakit mendapatkan rawatan.
  2. Bekalan ubat susulan akan disediakan setelah pesakit didaftarkan oleh pihak farmasi jika kriteria dipenuhi.
  3. Pos Malaysia akan menghantar ubat dalam kawasan lingkungan pungutan dan serahan Poslaju.
  4. Ubat dihantar terus ke rumah pesakit atau lokasi pilihan pesakit. Pesakit hanya perlu mengambil ubat seperti yang telah diarahkan.

Tak Perlu Ke Hospital, Anda Kini Boleh Gunakan Khidmat Pos Untuk Dapatkan Bekalan Ubat

Bagaimanapun, hanya ubat kapsul dan bukan jenis ubat psikotropik serta memerlukan penyimpanan khusus seperti peti ais sahaja boleh dihantar melalui perkhidmatan pos.

Baca: Cara Mudah Print-out Daripada Handphone Terus Ke Printer, Tak Perlu Pakai Laptop

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) di talian 1800-88-6722 pada hari Isnin hingga Jumaat jam 8 pagi hingga 5 petang (kecuali cuti umum).

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.