Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya • Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •

Kemaskini Maklumat Akaun Bank Untuk Pembayaran BPN Kini Dibenarkan. Ini Cara Untuk Anda Buat Kemaskini

Oleh Cikgu Shaari • April 13, 2020 • 1 min baca

Kemaskini Maklumat Akaun Bank Untuk Pembayaran BPN Kini Dibenarkan. Ini Cara Untuk Anda Buat Kemaskini
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

INFO PENTING buat pemohon Bantuan Prihatin National (BPN) yang mempunyai rekod data percukaian dengan LHDNM serta telah diluluskan bantuan tersebut tetapi masih belum menerima BPN. Kini anda boleh kemaskini maklumat akaun bank anda untuk pembayaran BPN yang akan diterima.

Info penuh: Permohonan BPN Hasil

Baca perkongsian di bawah untuk maklumat mengenai cara mengemaskini akaun bank bagi pemohon BPN.

CARA KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK

Bagi memastikan bayaran BPN dapat disalurkan dengan mudah dan selamat, LHDNM telah membolehkan pemohon mengemaskini maklumat akaun bank mereka yang aktif melalui aplikasi e-kemaskini.

Klik pautan e-kemaskini dan log masuk ke profil anda menggunakan nombor kad pengenalan anda dan klik Hantar.

Kemaskini Maklumat Akaun Bank Untuk Pembayaran BPN Kini Dibenarkan. Ini Cara Untuk Anda Buat Kemaskini

Setelah masuk ke profil, anda terus boleh membuat kemaskini maklumat bank anda.

Pengemaskinian maklumat akaun bank hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 30 April 2020 bagi membolehkan bayaran BPN dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan pada bulan Mei 2020.

LHDNM menasihati penerima BPN untuk hanya menggunakan saluran rasmi LHDNM dalam urusan mengemaskini maklumat bank tersebut. Sila ambil perhatian bahawa LHDNM tidak akan meminta TAC bagi tujuan penyaluran BPN

Kemaskini Maklumat Akaun Bank Untuk Pembayaran BPN Kini Dibenarkan. Ini Cara Untuk Anda Buat Kemaskini Kemaskini Maklumat Akaun Bank Untuk Pembayaran BPN Kini Dibenarkan. Ini Cara Untuk Anda Buat Kemaskini

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.