Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Cara Login Bantuan Prihatin Nasional di bpn.hasil.gov.my

Oleh Cikgu Shaari • January 21, 2020 • 3 min baca

Cara Login Bantuan Prihatin Nasional di bpn.hasil.gov.my
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Memandangkan pembayaran BPN 2.0 bakal dibuat dalam masa terdekat, dah tentu ramai pemohon yang sedang mencari cara untuk login BPN bukan?

Dengan login BPN anda dapat mengemukakan permohonan, membuat semakan status dan juga mengetahui status terkini pembayaran ke akaun anda.

Jadi bagaimana hendak login BPN? Ada link alternatif login BPN atau tidak? Ok, pastikan anda follow panduan mudah di bawah.

Ketahui cara log masuk ke laman web bagi membuat semakan dan permohonan Bantuan Prihatin National.

CARA LOGIN BANTUAN PRIHATIN NATIONAL

Untuk makluman anda, semakan status penerimaan dan pendaftaran BPN hanya boleh dibuat melalui pautan di bawah berdasarkan kenyataan media rasmi yang dikeluarkan LHDN.

  1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)
  2. bpn.hasil.gov.my

Sekiranya status semakan adalah ‘tiada rekod’, orang ramai boleh membuat permohonan baharu dengan klik butang ‘Permohonan Baru’.

Orang ramai hanya perlu mengikuti langkah mudah seperti berikut untuk semakan penerimaan BPN:

i. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (No I/C);
ii. Masukkan kod captcha yang diberikan; dan
iii. Keputusan akan dipaparkan.

Tiada permohonan secara manual menggunakan borang setakat ini memandangkan semua premis LHDNM ditutup sementara sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Sementara itu, bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan secara dalam talian dengan melayari portal rasmi LHDNM di https://www.hasil.gov.my atau https://bpn.hasil.gov.my

SIAPA YANG PERLU LOGIN DAN MOHON BPN?

Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah

  • Jika anda berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah apply BSH, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.

Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000

  • Jika anda berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah berdaftar dengan LHDN, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
  • Maksudnya, anda perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional jika tidak pernah bayar cukai pendapatan di LHDN

Orang bujang: Pendapatan RM2,000 ke bawah

  • Jika anda berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah apply BSH, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
  • Maksudnya, anda perlu buat permohonan baru BPN jika tidak pernah terima BSH sebelum ini

Orang bujang: Pendapatan RM2,000 hingga RM4,000

  • Jika anda berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah berdaftar dengan LHDN, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
  • Maksudnya, anda perlu baru permohonan baru BPN jika tidak pernah bayar cukai pendapatan di LHDN

BANTUAN LANJUT

Sebagai memberikan kemudahan kepada pelanggan, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara di atas juga boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

a) HASiL Live Chat;
b) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan
c) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu: Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM  dan Twitter ~ https://twitter.com/LHDNMofficial

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.