Kerajaan Sarawak pada 4 Ogos lalu telah mengumumkan pakej ketujuh Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 7.0) melibatkan peruntukan sebanyak RM800 juta untuk memperkasa aktiviti perusahaan dan perniagaan di negeri itu. Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata bantuan itu yang dibahagi kepada tiga langkah akan membantu perniagaan berikutan pembukaan semula ekonomi negeri […]