Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Ke Matrikulasi Sesi 2021/2022 Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • August 9, 2021 • 2 min baca

Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan Ke Matrikulasi Sesi 2021/2022 Dibuka
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Tahniah bagi calon SPM 2020 yang telah mendapat keputusan SPM masing-masing! Bagi calon yang telah membuat permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi, anda telah membuat satu langkah yang bijak. Pelbagai kelebihan mengikuti program Matrikulasi yang pelajar program lain tidak dapat.

Sebelum ini keputusan semakan bagi permohonan kemasukan ke Matrikulasi telah dikeluarkan. Calon yang tidak berjaya mendapat tawaran berpeluang untuk buat rayuan yang dibuka. Bagi yang dah buat rayuan, anda boleh mula buat semakan pada tarikh yang ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh semakan keputusan rayuan dan panduan membuat semakan.

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN MATRIKULASI

Semakan keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM sesi 2021/2022 boleh dibuat pada:

  • Tarikh semakan rayuan: 9 Ogos 2021 (mulai 3 petang)

CARA BUAT SEMAKAN RAYUAN MATRIKULASI

Calon boleh buat status semakan rayuan kemasukan ke Matrikulasi mulai 9 Ogos secara online di laman berikut:

RAYUAN YANG BERJAYA

Calon yang telah buat semakan rayuan dan berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Matrikulasi sesi 2021/2022 dikehendaki mencetak senarai dokumen di bawah melalui laman sistem aplikasi semakan seterusnya dilengkapkan untuk dibawa bersama semasa mendaftar ke kolej mengikut tarikh yang dinyatakan dalam surat tawaran:

  • Surat tawaran
  • Panduan pendaftaran pelajar
  • Maklumat peribadi pelajar
  • Akaun persetujuan ibubapa/ penjaga dan kesihatan pelajar
  • Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah
  • Borang perjanjian pelajar (dua salinan)

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi talian telefon pejabat atau talian bantuan Bahagian Matrikulasi pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang di talian 03-8884 4083/ 4036/ 4040.

Baca: Kaedah Pelaksanaan PdPR Program Matrikulasi KPM Semester 1 2021/2022

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.