Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Terkini: Kebenaran Rentas Negeri & Senarai Kemudahan Buat Individu Lengkap 2 Dos Vaksin

Oleh Cikgu Shaari • August 8, 2021 • 2 min baca

Terkini: Kebenaran Rentas Negeri & Senarai Kemudahan Buat Individu Lengkap 2 Dos Vaksin
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Lebih ramai yang menerima suntikan vaksinasi lengkap, lebih ramai yang dilindungi daripada jangkitan yang lebih teruk, beban kepada sistem kesihatan awam akan berkurang dan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial yang dapat dibuka secara berperingkat, dan kita dapat keluar dari pandemik ini dengan lebih teratur dan selamat.

Kerajaan pada hari ini telah mengumumkan sedikit kelonggaran SOP individu yang telah menerima 2 dos vaksin lengkap. Pasti ramai yang tidak sabar kan nak tahu kemudahan tersebut? Terutama berkenaan kebenaran rentas daerah dan negeri.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut senarai kelonggaran SOP buat individu yang telah lengkap 2 dos vaksin.

SENARAI KEMUDAHAN UNTUK INDIVIDU LENGKAP VAKSIN

Negeri Fasa 1, Fasa 2 & Fasa 3 PPN (semua negeri)

i) Dibenarkan rentas daerah & Negeri kepada:

  • Pengembara yang pulang atau tiba dari luar negara
  • Pasangan suami isteri jarak jauh
  • Ibu bapa berjumpa anak di bawah 18 tahun

DOWNLOAD BORANG RENTAS NEGERI

ii) Dibenarkan beribadah di surau, masjid dan rumah ibadat agama lain

Negeri Fasa 2 dan Seterusnya

Bagai negeri di Fasa 2 dan seterusnya, dibenarkan:

  • Rentas daerah dibenarkan
  • Dine In dibenarkan (bila perlu)
  • Aktiviti sukan tanpa sentuhan
  • Pelancongan dalam negeri

Terkini: Kebenaran Rentas Negeri & Senarai Kemudahan Buat Individu Lengkap 2 Dos Vaksin Terkini: Kebenaran Rentas Negeri & Senarai Kemudahan Buat Individu Lengkap 2 Dos Vaksin GARIS PANDUAN RENTAS DAERAH/ NEGERI

DOWNLOAD BORANG RENTAS NEGERI

KRITERIA LENGKAP VAKSIN

Antara kriteria individu yang telah lengkap vaksin dan akan menikmati kemudahan ini adalah:

  • Bagi vaksin jenis 2 dos suntikan: Mesti melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan
  • Bagi vaksin jenis 1 dos suntikan: Mesti melepasi hari ke 28 dari tarikh suntikan

STATUS FASA PPN TERKINI

Fasa 1

  • Kedah
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Kuala Lumpur
  • Putrajaya

Fasa 2

  • Kelantan
  • Terengganu
  • Pahang
  • Perak
  • Penang
  • Sabah

Fasa 3

  • Perlis
  • Sarawak
  • Labuan

Sebarang maklumat lanjut berkenaan kelonggaran SOP bagi individu yang telah lengkap 2 dos akan dikemaskini dari masa ke semasa. Buat masa ini, orang ramai diminta untuk snetiasa berwaspada walaupun telah lengkap 2 dos vaksin kerana itu bukan bermakna anda kebal! Anda masih WAJIB menurut semua SOP yang telah ditetapkan kerajaan dan mengekalkan penjarakan sosial apabila berada di luar.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.