Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

TNB Buka Tawaran Kerja Pembaca Meter Buat Lepasan SPM & Diploma. Semak Syarat & Cara Mohon 

Oleh Cikgu Shaari • August 9, 2021 • 2 min baca

TNB Buka Tawaran Kerja Pembaca Meter Buat Lepasan SPM & Diploma. Semak Syarat & Cara Mohon 
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berminat nak bekerja dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB)? Lepasan SPM atau Diploma yang berkelayakan boleh mohon jawatan yang ditawarkan iaitu Meter Reader. Pemohon yang nak mohon mestilah seorang yang sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.

Permohonan boleh dibuat sehingga 20 Ogos 2021 secara online melalui laman yang disediakan. Pastikan anda semak syarat kelayakan terlebih dahulu. Gaji dan elaun bulanan akan diberikan kepada calon yang layak ditempatkan kerja.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan membuat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Tenaga Nasional Berhad
  • Nama Jawatan: Meter Reader (Pembaca Meter)
  • Taraf: Kontrak (1 tahun)
  • Lokasi: Seluruh Semenanjung Malaysia
  • Tarikh tutup permohonan: 20 Ogos 2021

GAJI & ELAUN DITAWARKAN

Berikut adalah maklumat gaji dan elaun yang ditawarkan:

  • Gaji pokok: RM1,200 sebulan
  • Elaun Elektrik: RM85 sebulan
  • Elaun Dobi: RM60 sebulan

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Memiliki Diploma dari Politeknik atau Universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang yang berkaitan dengan tugas-tugas di Tenaga Nasional Berhad
    ATAU
  • Memiliki Sijil Penjaga Jentera Elektrik (sekurang-kurangnya AO) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan lulus enam (6) mata pelajaran termasuk :
    i) Bahasa Malaysia
    ii) Matematik atau Sains
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik dengan BMI (Body Mass Index) tidak melebihi 30 serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
  • Memiliki lesen memandu B2 (Lesen L adalah tidak layak) dan mempunyai motorsikal sendiri.
  • Tidak rabun warna
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer.
  • Boleh bekerja dalam satu pasukan dan mempunyai tahap komunikasi yang baik.
  • Hanya terhad kepada calon lelaki sahaja.
  • Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.

CARA MOHON

Individu yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat dengan kerja yang ditawarkan boleh buat permohonan selewat-lewatnya pada 20 Ogos 2021. Permohonan boleh dibuat secara online dengan langkah berikut:

  1. Pergi ke laman https://jobs.tnb.com.my/job/
  2. Klik Apply Now
  3. Klik Create an account bagi yang belum pernah daftar
  4. Dah selesai daftar akaun, Sign In menggunakan email dan password yang didaftarkan
  5. Lengkapkan langkah permohonan kerja

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman https://jobs.tnb.com.my/job/.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.