Home Blog Page 296

Bank Rakyat Umum Dividen Tahun Kewangan 2021 Pada Kadar 15%, Ini Cara Semak Dividen Diterima

0

Bank Rakyat pada 12 April 2021 telah mengumumkan kadar dividen Bank Rakyat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020. Kadar dividen yang diumumkan tahun 2021 adalah berkurangan satu peratus berbanding 14% pada tahun sebelumnya.

Jumlah dividen itu membabitkan pembayaran sebanyak RM373.36 juta kepada 834,302 anggotanya dan dividen itu akan dikreditkan kepada anggotanya bermula 12 April 2021. Sudah masuk tahun 2022, berapa pula kadar dividen yang akan diterima bagi tahun kewangan 2021?

Keupayaan Bank Rakyat untuk mengekalkan jumlah keuntungan pada tahap yang baik adalah satu pencapaian kepada bank berkat sokongan pelanggan dan anggota Bank Rakyat.

TARIKH PENGUMUMAN & PEMBAYARAN DIVIDEN BANK RAKYAT

Pengumuman kadar dividen serta pembayaran dividen Bank Rakyat bagi tahun kewangan 2021 adalah pada:

  • Tarikh pengumuman: 25 April 2022
  • Tarikh pembayaran: Mulai 25 April 2022

KADAR DIVIDEN BANK RAKYAT 2014 – 2020

Berikut adalah sejarah kadar dividen tahunan pada 2014 hingga 2019:

*2019: 14%

Dividen Bank Rakyat Tahun Kewangan 2020 Diumumkan Pada Kadar 13%

KADAR DIVIDEN BANK RAKYAT TAHUN KEWANGAN 2020

Kadar dividen Bank Rakyat bagi tahun kewangan 2020 yang diumumkan tahun 2021 adalah pada kadar:

  • Kadar Dividen Bank Rakyat 2020: 13%

Dividen Bank Rakyat Tahun Kewangan 2020 Diumumkan Pada Kadar 13%

KADAR DIVIDEN BANK RAKYAT BAGI TAHUN KEWANGAN 2021

Kadar dividen Bank Rakyat bagi tahun kewangan 2021 yang diumumkan tahun 2022 adalah pada kadar:

  • Kadar dividen Bank Rakyat 2021: 15%

SEMAKAN DIVIDEN BANK RAKYAT

Anggota atau pemegang saham Bank Rakyat boleh membuat semakan dividen masing-masing dengan langkah berikut:

  1. Pergi ke Portal iRakyat: www.irakyat.com.my/
  2. Klik LOGIN dan klik PERSONAL BANKING
    Dividen Bank Rakyat Tahun Kewangan 2020 Diumumkan Pada Kadar 13%
  3. Masukkan USERNAME dan klik LOGIN
  4. Klik ACCOUNT OVERVIEW dan semak bayaran dividen anda
    Dividen Bank Rakyat Tahun Kewangan 2020 Diumumkan Pada Kadar 13%

Untuk makluman anda, pelaburan saham Bank Rakyat telah ditutup bermula tahun 2014 lalu. Buat masa ini, TIADA sebarang permohonan pelaburan saham Bank Rakyat dibuka lagi dan akan dimaklumkan sekiranya ada.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian 1 300 80 5454 atau terus ke laman web www.bankrakyat.com.my/

Cadangan Waktu Perjalanan Sempena Hari Raya Aidilfitri Untuk Elak Kesesakan Lebuh Raya

0

Sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan musim cuti akan datang, pasti ramai yang berhasrat nak pulang ke kampung kan? Sudah 2 tahun rasanya orang ramai tak dapat nikmati hari raya di kampung,  jangan hairan bila lebih raya sesak nanti! Pengguna yang menggunakan lebuhraya PLUS di antara 30 April sehingga 8 Mei 2022 dinasihatkan untuk merujuk Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA).

Jadual cadangan ini dikeluarkan oleh pihak PLUS bagi mengelakkan kemungkinan kesesakan di lebuh raya apabila kenderaan yang menuju ke pelbagai destinasi terkumpul di satu-satu lokasi di lebuh raya secara serentak.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat cuti sempena Hari Raya Aidilfitri dan cadangan waktu perjalanan yang dikeluarkan oleh PLUS.

TARIKH CUTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

Tarikh cuti Hari Raya Aidilfitri tahun 2022 adalah seperti berikut:

  • 3 Mei 2022 (Selasa)
  • 4 Mei 2022 (Rabu)

Walaubagaimanapun, KPM telah memaklumkan akan memberi cuti tambahan bagi lanjutan cuti Hari Raya Aidilfitri selama 2 hari.

2 Hari Cuti Tambahan KPM

Tambahan cuti 2 hari oleh KPM adalah pada tarikh berikut:

  • Kumpulan A:
    29 April 2022
    5 Mei 2022 (Khamis)
  • Kumpulan B:
    5 Mei 2022 (Khamis)
    6 Mei 2022 (Jumaat)

Dengan cuti sekolah tambahan oleh KPM ini, ini bermakna sekolah di:

  • Kumpulan A akan mula bercuti pada 29 April 2022 hingga 7 Mei 2022
  • kumpulan B akan mula bercuti pada 30 April 2022 hingga 8 Mei 2022
Kumpulan A: sekolah-sekolah di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu
Kumpulan B: sekolah-sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, N. Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

CADANGAN WAKTU PERJALANAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2022

Bagi mengelakkan terlibat dalam kesesakan lebuhraya, anda boleh rujuk cadangan waktu perjalanan sempena Hari Raya Aidilfitri 2022:

Sentiasa berwaspada dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan ketika berhenti rehat di R&R dan hentian sebelah di sepanjang lebuh raya. Bagi memastikan perjalanan yang lebih lancar di lebuhraya, sila pastikan baki kad Touch ‘n Go dan baki eWallet RFID Touch ‘n Go sentiasa mencukupi.

Bagi yang nak mudah tambahnilai Touch n Go, sekarang anda dah boleh dapatkan kad Touch n go versi baharu yang dilengkapi dengan teknologi baharu, iaitu menggunakan NFC. Anda dah boleh buat pembelian dan tambahnilai TnG dengan mudah menggunakan telefon sahaja!

Rujuk: Panduan Tambah Nilai Kad TnG Baharu Dengan Sentuh Kad Di Belakang Telefon Guna NFC

Semoga bermanfaat!

Skim Permata Sejahtera: Cara Mohon Sumbangan Sehingga RM500 Bagi Setiap Kelahiran Bayi

Kepesatan pembangunan pendidikan di Negeri Terengganu telah memberi ilham kepada Kerajaan Negeri Terengganu untuk menyediakan tabungan awal kepada setiap kelahiran baharu di negeri ini. Melalui bajet 2015, Y.A.B Menteri Besar Terengganu telah mengumumkan bahawa setiap bayi yang lahir di negeri ini dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan layak memohon sumbangan ini.

Sumbangan yang diberikan dibuat dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i). Bantuan ini diteruskan lagi pada tahun 2022 bagi memberi sumbangan kepada setiap kelahiran baru di negeri ini.

Pengagihan ini akan diselaraskan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu setelah dibuat permohonan oleh pihak ibu bapa dan mendapat pengesahan daripada JKKK pemimpin masyarakat.

OBJEKTIF SKIM PERMATA SEJAHTERA

Antara objektif pelaksanaan Skim Permata Sejahtera adalah:

  • Menggalakkan tabungan pembelajaran bermula dari awal kelahiran
  • Meraikan kanak-kanak yang dilahirkan di Negeri Terengganu dengan harapan dapat menyumbang perkembangan positif kepada pembangunan negeri selaras dengan kehendak di dalam prinsip kelapan Transformasi Terengganu Baharu iaitu Memperkasakan Pendidikan

KADAR SUMBANGAN

Sumbangan kerajaan negeri melalui Skim Permata Sejahtera bagi setiap kelahiran bayi di Terengganu adalah seperti berikut:

  • Anak pertama hingga keenam: RM100
  • Anak ketujuh: RM200
  • Anak kelapan: RM300
  • Anak kesembilan: RM400
  • Anak kesepuluh: RM500

Sumbangan yang diberikan dibuat dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

KEISTIMEWAAN DAFTAR SSPN

Antara kelebihan membuat pendaftaran akaun SSPN adalah:

  • Pelepasan taksiran cukai pendapatan hingga RM8,000 setahun berdasarkan simpanan bersih tahun semasa
  • Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas
  • Kada dividen yang kompetitif dan dikecualikan cukai pendapatan
  • Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak
  • Simpanan dijamin oleh Kerajaan
  • Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan Skim Permata Sejahtera adalah terbuka kepada rakyat Terengganu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Bayi hendaklah dilahirkan di Negeri Terengganu bermula pada 1.1.2022 sehingga 31.12.2022
  • Bagi Bayi yang dilahirkan di luar Negeri Terengganu, permohonan hanya akan dipertimbangkan jika terdapat bukti atau pengesahan bahawa keperluan bersalin di luar Negeri Terengganu adalah atas nasihat doktor dan disebabkan oleh nasihat kepakaran atau komplikasi semasa proses bersalin.
  • Ibu atau Bapa bayi mestilah rakyat Negeri Terengganu yang lahir dan telah menetap melebihi 10 tahun di Negeri Terengganu
  • Bilangan anak bagi permohonan program ini dimaksudkan sebagai “bilangan anak dalam sebuah keluarga adalah termasuk juga daripada kalangan keluarga berpoligami”.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan hendaklah disertakan bersama Salinan Dokumen sebagaimana berikut :

  • Salinan Sijil Kelahiran Bayi dan Salinan MyKID Bayi
  • Salinan MyKAD Ibu dan Bapa
  • Salinan Sijil Nikah atau Kad Nikah IbuBapa yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Malaysia
  • Salinan Sijil Kelahiran atau MyKID/ MyKAD kesemua anak bagi permohonan kelahiran anak ke-7 dan ke atas

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk mohon Skim Permata Sejahtera dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, permohonan boleh dibuat secara atas talian dengan mengisi Borang Permohonan Skim Permata Sejahtera di pautan bawah:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan Skim Permata Sejahtera, anda boleh terus ke laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu di pautan https://www.ypkt.gov.my/.

Jadual UPKK: Tarikh Rasmi Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)

0

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) merupakan sebuah peperiksaan yang diadakan untuk murid tahun lima Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan kelas agama dan Fardhu Ain Integrasi seluruh Malaysia. Ujian UPKK dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Tujuan utama ujian UPKK diadakan adalah sebagai syarat untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di sekolah agama kerajaan negeri. Ujian ini juga menjadi syarat kemasukan ke Sekolah Menengah Tahfiz kerajaan negeri.

Ujian ini akan menguji kebolehan pelajar dalam 8 bidang pengajian iaitu:

  • Al-Quran,
  • Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah),
  • Sirah,
  • Adab ( Akhlak Islamiyah),
  • Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran,
  • Penghayatan Cara Hidup Islam
  • Amali Solat.

Antara matlamat UPKK adalah untuk menilai kemahiran pelajar membaca serta hafazan Al-quran. UPKK juga bertujuan untuk menilai kefahaman ilmu fardhu ain pelajar, menilai tahap kefahaman pelajar tentang asas cara hidup islam dan menilai kemahiran pelajar membaca dan menulis jawi.

Setiap tahun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengeluarkan Takwim jadual waktu peperiksaan UPKK di mana JAKIM juga akan menyelaraskan peperiksaan UPKK ini di seluruh Malaysia.

JADUAL WAKTU & TARIKH PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2022

Berikut merupakan jadual waktu dan tarikh peperiksaan UPKK 2022 sebagai rujukan ibu bapa dan juga pelajar. Turut disertakan beberapa info penting berkaitan UPKK sebagai rujukan.

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UPKK 2022
TARIKH WAKTU KOD KERTAS NAMA KERTAS MASA
9 Mei 2022 hingga 30 September 2022  3:00 Petang-4:30 Petang UPKK 08/01
&
UPKK 07/01
Amali Solat (Lisan & Amali)
&
Penghayatan Cara Hidup Islam (Lisan & Amali)
 10 hingga 31 Oktober 2022  3:00 Petang-4:30 Petang UPKK 01/01
&
UPKK 01/02
Tadarus Dan Tilawah Al-Quran (Al-Quran)
&
Hafazan Dan Tafsir Al-Quran (Al-Quran)
14 November 2022  3:00 Petang-4:30 Petang UPKK 02/01 Ulum Syari’ah (Aqidah Dan Ibadah) (Bertulis) 1 Jam 30 minit
 15 November 2022  2:15 Petang-3:45 Petang
&
4:00 Petang- 5:30 Petang
UPKK 03/01
&
UPKK 05/01
Sirah (Bertulis)
&
Jawi Dan Khat (Bertulis)
1 Jam 30 Minit
16 November 2022  2:15 Petang-3:45 Petang
&
4:00 Petang-5:30 Petang
UPKK 04/01
&
UPKK 04/02
Adab Kertas 1 (Bertulis)
&
Adab kertas 2 (Bertulis)
1 Jam 30 Minit
&
1 Jam
17 November 2022  2:30 Petang-4:30 Petang UPKK 06/01 Lughah Al Quran (Bertulis) 2 Jam
SENARAI MATA PELAJARAN YANG DINILAI
Al-Quran Sirah
Jawi dan Khat Penghayatan Cara Hidup Islam
Amali Solat Asas Luqhatul Qura
Adab (Akhlak Islamiyah) Ulum Syariah (Aqidah & Ibadat)
GRED PEMARKAHAN
GRED MARKAH
A (Tahap Cemerlang) Tahap Cemerlang
B (Tahap Baik) Tahap Baik
C (Tahap Memuaskan) Tahap Memuaskan
D (Tahap Kurang Memuaskan) Tahap Kurang Memuaskan
INFO BERKAITAN
👉Koleksi Soalan Bahasa Inggeris UPSR Kertas 1 Bahagian A
👉Nota Lengkap Matematik UPSR
👉Nota Lengkap BM UPSR
👉Koleksi Istilah & Definisi Sains KSSR Tahun 4, 5, 6

 

Tarikh Bayaran Pengeluaran Khas KWSP Bagi Permohonan Selepas 28 April 2022

0

Pengeluaran Khas KWSP diperkenalkan bertujuan untuk membantu ahli KWSP menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran kesan daripada pandemik Covid-19. Setiap Ahli KWSP berumur 55 tahun ke bawah dan masih mempunyai baki simpanan KWSP dibenarkan untuk buat pengeluaran sehingga RM10,000 yang akan dibayar sekaligus.

Sejak permohonan dibuka mulai 1 April 2022 lalu, sudah ramai Ahli yang mula memohon. Pembayaran bagi setiap permohonan Ahli yang berjaya juga telah berjaya dibuat ke akaun masing-masing mengikut jumlah bayaran yang dimohon. Bila pula tarikh bayaran bagi Ahli yang mohon selepas 28 April 2022?

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh bayaran Pengeluaran Khas KWSP bagi permohonan selepas 28 April 2022.

TARIKH PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP

Ahli KWSP diingatkan untuk buat permohonan sepanjang tempoh permohonan dibuka sahaja, iaitu:

  • 1 April hingga 30 April 2022

TARIKH BAYARAN PENGELUARAN KHAS SELEPAS 28 APRIL

Bagi permohonan Pengeluaran Khas yang dibuat dari 28 April 2022 dan ke atas, pembayaran hanya boleh dibuat bermula pada:

  • Mulai 5 Mei 2022

PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS

Permohonan dan semakan status boleh dibuat melalui portal Pengeluaran Khas di laman https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/. Anda boleh rujuk panduan lengkap buat permohonan dan semakan status Pengeluaran Khas KWSP di bawah:

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.

Walaupun kerajaan memberi kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun beliau merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran Khas KWSP, anda boleh terus ke laman web rasmi Pengeluaran Khas di https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/.

Tarikh & Lokasi Melihat Anak Bulan Syawal Tahun 2022

0

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam kenyataan hari ini memaklumkan Majlis Raja-Raja juga bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah(melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Sebanyak 29 lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal pada tarikh yang ditetapkan , iaitu bersamaan 29 Ramadan 1443 Hijrah. Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Syawal bagi penetapan tarikh hari raya aidilfitri tahun 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh dan lokasi lihat anak bulan Syawal 2022.

TARIKH LIHAT ANAK BULAN SYAWAL 2022

Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada:

  • Petang Ahad, 1 Mei bersamaan 29 Ramadan 1443 Hijrah

Tarikh Aidilfitri akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.

LOKASI LIHAT ANAK BULAN

Anak bulan Syawal akan dilihat di 29 lokasi terpilih di seluruh negara. Antara lokasi yang dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal adalah:

  • Pontian Kecil, Johor
  • Kompleks Falak Al Khawarizmi Tanjung Bidara, Melaka
  • Kompleks Baitul hilal Telok Kemang, Negeri Sembilan
  • Bukit Melawati Selangor
  • Balai Cerap Selangor Sabak Bernam
  • Pantai Pasar Panjang Manjong di Perak
  • Pusat Falak Sheikh Tahir
  • Pantai Aceh, Pulau Pinang
  • Kampung Pulau Sayak Kuala Muda
  • Pemandangan Indah Pulau Langkawi
  • Menara Alor Setar Kedah
  • Bukit Besar Kuala Terengganu
  • Bukit Geliga Kemaman
  • Pulau Perhentian Besut
  • Balai Cerap KUSZA Terengganu
  • Bukit Peraksi Pasir Puteh
  • Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai
  • Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu
  • Pusat Falak, Miri
  • Teluk Bandung, Kuching
  • Tanjung Batu, Bintulu
  • Balai Cerap Al Biruni, Putatan
  • Menara Universiti Malaysia Sabah
  • Kampus Antarabangsa Labuan
  • Bukit Tanjong Batu Nenasi,
  • Gunung Verincang
  • Bukit Pelindong
  • Menara Kuala Lumpur,
  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
  • Menara Pandang Masjid Al Hussain, Kuala Perlis

Sumber

Panduan Tambah Nilai Kad TnG Baharu Dengan Sentuh Kad Di Belakang Telefon Guna NFC

0

Berita baik buat orang ramai terutama pengguna jalan raya! Pihak Touch ‘n Go kini telah mengemaskini paparan baru di Aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang memperkenalkan kad Touch ‘n Go versi baharu dengan teknologi NFC yang membolehkan pengguna menambah nilai pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan mudah!

Dengan pembelian kad Touch ‘n Go baharu yang berharga RM10 sahaja, anda boleh tambah nilai TnG anda selepas ini dengan hanya membuat sentuhan di belakang telefon anda sahaja. Semudah itu ya!

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan menambah nilai kad TnG dengan mudah menggunakan telefon dengan teknologi NFC.

PEMBELIAN KAD TOUCH N GO VERSI BAHARU

Pembelian kad Touch n Go versi baharu boleh dibuat melalui 2 kaedah berikut:

PANDUAN TAMBAH NILAI KAD TNG BAHARU GUNA NFC

Berikut adalah panduan menambahnilai kad TnG baharu menggunakan teknologi NFC dengan mudah:

  1. Pastikan anda tambahkan kad TnG baharu yang menggunakan ciri NFC ke bahagian kad baharu dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet anda. Anda hanya perlu masukkan nombor siri yang tertera pada bahagian kad
  2. Selesai tambah kad baharu dalam TnG eWallet, anda boleh ke aplikasi TnG eWallet dan pilih ikon TnG Card. Kalau kad anda menyokong tambah nilai melalui aplikasi, butang “Reload” akan dipaparkan. Butang ini tak dipaparkan pada kad generasi lama.
  3. Seterusnya tekan butang Reload & sentuh kad TnG pada bahagian NFC di belakang telefon, skrin memperlihatkan berapa kredit yang anda ingin tambah dipaparkan
  4. Masukkan nilai kredit, dan tekan “Reload Now”. Sebaik selesai memasukkan nilai, anda akan diminta untuk melakukan pengesahan (imbasan wajah atau kata laluan).
  5. Seterusnya anda akan diminta menyentuh sekali lagi kad untuk tujuan tambah nilai.Aplikasi seterusnya akan memaparkan skrin berjaya dan kredit terus boleh digunakan pada kad TnG anda

Semudah itu ya anda boleh tambah nilai kad Touch n Go anda sekarang. Jangan sia-siakan kemudahan yang ada ini, semoga kemudahan ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di tol tambah nilai selepas ini.

Semoga bermanfaat!

Sumber

Kad Touch ‘n Go Baharu Boleh Ditambah Nilai Melalui Telefon, Ini Cara Beli Kad TnG Baharu

0

Berita baik buat orang ramai terutama pengguna jalan raya! Pihak Touch ‘n Go kini telah mengemaskini paparan baru di Aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang memperkenalkan kad Touch ‘n Go versi baharu dengan teknologi baharu yang membolehkan pengguna menambah nilai pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan mudah!

Kad Touch ‘n Go Yang dipertingkatkan dilengkap sepenuhnya dengan teknologi NFC untuk membolehkan pengguna menambah nilai baki kad terus melalui Touch ‘n Go eWallet. Kad Touch ‘n Go baharu yang diperkenalkan ini kini boleh dibeli pada harga RM10 sahaja melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet atau kedai TnG.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kemudahan Touch ‘ N Go yang baru diperbaharui dan panduan buat pembelian kad TnG baharu secara online.

MAKSUD NFC

NFC adalah ringkasan bagi terma Near-Field Communication, sebuah teknologi yang membolehkan telefon pintar anda berhubung dengan sesebuah peranti lain secara jarak dekat. Sambungan NFC ini tidak memerlukan peranti untuk berhubung dengan apa jenis saluran internet(Wifi/4G/3G dsb.) dan ia sebenarnya dilakukan melalui sambungan Bluetooth.

Akan tetapi, melalui NFC anda tidak perlu susah payah untuk menghubungkan(pairing) antara dua peranti seperti yang perlu dilaksanakan apabila menggunakan Bluetooth. Selain telefon pintar, NFC juga boleh digunakan untuk berhubung dengan peranti lain seperti fon kepala atau pembesar suara tanpa wayar.

Caranya adalah sama, anda hanya perlu sentuhkan panel belakang telefon pintar dengan sensor yang ada pada peranti yang ingin dihubungkan. Biasanya, ia ditandakan dengan logo NFC itu sendiri.

KEMUDAHAN KAD TOUCH N GO VERSI BAHARU

Antara kemudahan baharu yang diperkenalkan melalui Kad Touch ‘n Go baharu adalah:

  • Tambah nilai melalui TnG eWallet dengan NFC
  • Semak baki kad bila-bila masa & di mana-mana sahaja

Untuk melakukan tambah-nilai, pengguna perlu menggunakan aplikasi TNG eWallet terkini, dan seterusnya melakukan tambah nilai dengan hanya menyentuh pada bahagian NFC di telefon. Ini sekaligus mengelak sebarang surcaj dan tidak perlu ke kiosk untuk melakukan tambah-nilai.

HARGA KAD TOUCH ‘N GO BAHARU

Pembelian setiap kad Touch ‘n Go baharu boleh dibuat pada kadar harga:

  • Harga: RM10

CARA BELI KAD TOUCH ‘N GO BAHARU

Berikut adalah panduan buat pembelian kad Touch ‘n Go versi baharu melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet:

  1. Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet di telefon pintar anda. Bagi yang dah ada aplikasi Touch ‘ Go eWallet, anda perlu update ke versi yang terkini
  2. Selesai update, anda akan mendapati paparan baharu dalam aplikasi tersebut ada “TNG Card
  3. Klik pada ikon TNG Card tersebut.
  4. Klik Upgrade Now untuk memperbaharui atau buat pembelian kad Touch n Go versi baharu
  5. Masukkan jumlah kad Touch n Go baharu yang anda ingin beli. Harga bagi setiap kad adalah RM10 dan RM5 akan dikenakan untuk caj penghantaran.
  6. Klik Buy Now untuk teruskan pembelian
  7. Masukkan maklumat untuk penghantaran. Klik Review Order untuk lihat pesanan
  8. Maklumat pesanan anda dipaparkan. Klik Pay RM–.– untuk teruskan pembayaran
  9. Pembayaran dibuat menggunakan TnG eWallet anda. Anda perlu ada baki dalam aplikasi untuk buat pembayaran
  10. Selesai buat pembayaran, anda hanya perlu tunggu kad TnG baharu anda dihantar ke rumah

Mudah kan? Untuk maklumat lanjut berkenaan pengenalan kad Touch ‘n Go baharu ini, anda boleh rujuk di laman https://www.touchngo.com.my/.

Cara Mohon Jawatan Pembantu Tadbir Di Jabatan Kerja Raya (JKR) Dengan Kelayakan Minima SPM

Jabatan Kerja Raya (JKR) menawarkan peluang untuk mengisi kekosongan jawatan secara kontrak. Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH).

Sekiranya anda berminat nak bekerja di JKR, inilah peluang anda untuk mengisi kekosongan sekarang! Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara online selewat-lewatnya 10 Mei 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara mohon.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Jabatan Kerja Raya
  • Nama jawatan: Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19
  • Taraf: Pekerja Sambilan Harian
  • Penempatan: JKR Daerah Hulu Langat
  • Tempoh perkhidmatan: Maksimum 6 bulan (3 bulan + 3 bulan)
  • Kadar Gaji: RM54 sehari
  • Tarikh tutup permohonan: 10 Mei 2022

SYARAT KELAYAKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Melaka
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup jawatan
  • Calon lantikan mestilah mempunyai kelayakan:
    – SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  • Lulus dalam subjek Bahasa Malaysia/ Melayu pada peringkat SPM/ SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan dengan kemukakan dokumen yang diminta ke alamat berikut:

  • Pejabat Jurutera Daerah
    Jabatan Kerja Raya Hulu Langat
    Persiaran Wawasan
    Seksyen 14
    43650 Bandar Baru Bangi

Pemohon perlu mengemukakan dokumen berikut:

  • Resume bergambar yang lengkap
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan Sijil SPM
  • Sijil tamat pengajian

Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditanda “Pekerja Sambilan Harian” pada bahagian kiri sampul. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Mei 2022. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 1 bulan hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Pesakit Di Wad Dibenarkan Untuk Ditemani Oleh Penjaga & Pelawat Mulai 23 April Bersyarat

0

Akibat penularan wabak Covid-19 yang begitu pantas dan tidak dapat dijangka, sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menetapkan bahawa pesakit-pesakit di wad fasiliti kementerian tidak dibenarkan untuk menerima pelawat atau ditemani penjaga demi menjaga keselamatan dan kesihatan orang ramai.

KKM dalam satu kenyataan pada 21 April 2022 telah memaklumkan akan membenarkan pesakit-pesakit di wad fasiliti kementerian itu untuk ditemani oleh penjaga dan menerima pelawat mulai 23 April ini dengan syarat-syarat tertentu.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kebenaran pesakit menerima pelawat dan penjaga di wad fasiliti kementerian dan syarat ditetapkan oleh KKM.

SYARAT PENERIMAAN PENJAGA & PELAWAT DI HOSPITAL KKM

KKM dalam satu penyataan memaklumkan pelaksanaan polisi penjaga dan pelawat di hospital KKM semasa fasa peralihan ke endemik itu, bagaimanapun adalah berdasarkan kriteria-kriteria tertentu tertakluk kepada kapasiti dan kemampuan hospital dan wad masing-masing.

Menurut KKM, kriteria umum bagi pelawat dan penjaga yang ingin melawat atau menemasi pesakit di wad mestilah:

  • Berusia 12 tahun ke atas
  • Telah lengkap vaksinasi Covid-19
  • Tidak tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan Covid-19
  • Dari kalangan yang tidak disyaki Covid-19 atau individu dalam pemantauan (PUS)
  • Tidak mempunyai gejala Covid-19

Bagi penjaga kepada kategori pesakit tertentu yang perlu menjalani ujian RTK-Ag kendiri:

  • Ujian perlu dijalankan dalam tempoh 24 jam sebelum ketibaan di hospital
  • tarikh  dan masa ujian dijalankan perlu dinyatakan beserta gambar sebagai bukti

Mereka juga perlu mengisi borang deklarasi Covid-19 serta mematuhi standard operasi (SOP) dan memakai alat pelindung diri (PPE) seperti yang ditetapkan.

Menemani Ibu Bersalin

Jelas KKM lagi, bagi kriteria khusus untuk lawatan dan jagaan pesakit bukan Covid-19 termasuk menemani ibu bersalin, individu itu perlu:

  • Menjalani ujian saringan Covid-19 iaiyi RTK- Ag kendiri dan disahkan negatif

JUMLAH PELAWAT & PENJAGA DIBENARKAN

Lawatan daripada kalalangan ahli keluarga kepada pesakit bukan Covid-19 yang berada sama ada di wad, Unit Rawatan Rapi (ICU) atau sedang tenat (End of Life) adalah dibenarkan namun adalah terhad kepada:

  • 2 orang pelawat sahaja pada satu -satu masa
  • Pelawat juga digalakkan untuk menjalani ujian Covid-19 menggunakan RTK-Ag kendiri sebelum melawat

Bagi pesakit bukan Covid-19 yang menerima rawatan pesakit luar atau jabatan kecemasan:

  • Hanya seorang penjaga

Pesakit Covid-19

Bagi lawatan dan jagaan bagi pesakit Covid-19 kehadiran penjaga hanya dibenarkan bagi pesakit yang memerlukan penjagaan khusus dan pesakit kanak-kanak sahaja. Bagi tujuan tersebut, penjaga perlu menjalani ujian RTK-Ag kendiri dan disahkan negatif dan ujian perlu diulang sekiranya penjaga bergejala dan sebelum pulang ke rumah.

KKM turut memaklumkan dalam keadaan tertentu apabila risiko penularan Covid-19 adalah tinggi seperti berlakunya wabak Covid-19 di hospital boleh melakukan beberapa pengubahsuaian kepada polisi sedia ada bagi memastikan kesihatan dan keselamatan semua pihak.

Sumber