Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Tarikh & Panduan Buat Semakan Status Kelulusan Pengeluaran Khas KWSP

Oleh Cikgu Shaari • March 30, 2022 • 2 min baca

Tarikh & Panduan Buat Semakan Status Kelulusan Pengeluaran Khas KWSP
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa ahli yang ingin mengeluarkan simpanan KWSP mereka di bawah kemudahan Pengeluaran Khas boleh berbuat demikian melalui portal yang disediakan yang boleh diakses melalui aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April 2022.

Jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 dan minimum RM50, dan ahli perlu menggunakan sepenuhnya baki dalam Akaun 2 sebelum mengakses Akaun 1 mereka. Ahli juga perlu mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun mereka.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh dan panduan semak status kelulusan Pengeluaran Khas KWSP.

TARIKH SEMAKAN STATUS KELULUSAN

Semakan status kelulusan pengeluaran khas KWSP boleh dibuat mulai tarikh berikut:

  • Tarikh semakan: Mulai 9 April 2022
  • Tarikh pembayaran: Mulai 20 April 2022

CARA SEMAK STATUS PENGELUARAN KHAS KWSP

Seperti yang dimaklumkan, semakan status pengeluaran khas KWSP boleh dibuat mulai 9 April 2022. Orang ramai yang telah buat permohonan boleh buat semakan status kelulusan pengeluaran khas KWSP melalui pautan berikut:

  • pengeluarankhas.kwsp.gov.my
Nota: Panduan terperinci mengenai cara semak status kelulusan Pengeluaran Khas KWSP akan dikemaskini semula apabila portal mula dibuka.
Ahli perlu memastikan bahawa akaun bank mereka adalah aktif dan di bawah nama ahli sendiri. Akaun bersama atau yang didaftarkan di bawah nama syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN.
Pemohon yang layak membuat pengeluaran khas KWSP akan mula menerima bayaran masing-masing mulai 20 April 2022. Pembayaran akan dibuat sekaligus kepada pemohon mengikut jumlah yang dimohon.

Rujuk: Kaedah Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP

Pengeluaran Khas ini bertujuan untuk membantu ahli yang masih terkesan dengan pandemik untuk memenuhi keperluan mendesak hari ini. KWSP mengingatkan ahli supaya mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa depan, dan hanya mengeluarkan simpanan mereka sekiranya benar-benar perlu. Ahli boleh berjumpa dengan pegawai Khidmat Nasihat Ahli di cawangan KWSP seluruh negara untuk mendapatkan nasihat percuma mengenai simpanan KWSP mereka.

Baca juga: Buat Pengeluaran Khas KWSP Dikenakan Zakat 2.5% Atau Tidak? Ini Syarat & Penjelasannya

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.