Fasa Pengemaskinian Dibuka, Ini Tips & Panduan Kemaskini UPUOnline Dengan Betul

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah umumkan keputusan SPM 2021 akan dikeluarkan mulai 16 Jun 2022. Namun pelajar lepasan SPM tidak boleh hadir ke sekolah untuk ambil slip keputusan seperti tahun-tahun sebelum ini. Keputusan SPM 2022 boleh disemak oleh setiap calon secara online atau melalui SMS.

Dah terima keputusan SPM, calon boleh kemaskini permohonan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti melalui sistem UPUOnline. Pastikan setiap calon kemaskini dan padankan permohonan dengan keputusan masing-masing.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara kemaskini permohonan UPUOnline buat lepasan SPM.

TEMPOH KEMASKINI UPUONLINE

Pastikan anda kemaskini keputusan dan permohonan UPUOnline dalam tempoh berikut:

  • Tarikh buka: 21 Jun 2022 jam 12 tengah hari
  • Tarikh tutup: 28 Jun 2022 jam 5 petang

FASA PENGEMASKINIAN UPU

Berikut adalah tindakan yang perlu dibuat oleh lepasan SPM setelah terima keputusan SPM masing-masing

  • Pemohon kategori SPM boleh mengemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar SPM
  • Pemohon yang perlu mengemaskini semua pilihan program pengajian yang telah dibuat sebelum ini kecuali program pengajian yang telah dipanggil temuduga
  • Pilihan program pengajian pada fasa kemaskini ini perlulah sesuai dengan syarat berdasarkan keputusan sebenar SPM
  • Pada fasa pengemaskinian ini, tiada lagi pilihan program pengajian bertemuduga

TIPS KEMASKINI UPU SETELAH DAPAT KEPUTUSAN

Dah dapat keputusan SPM? Ini tips kemaskini permohonan UPUOnline:

  1. Cari dan BUKA SEMULA SALINAN PERMOHONAN UPU anda yang telah dihantar sebelum ini
  2. SEMAK SYARAT DAN SYARAT KHAS program yang telah anda mohon sebelum ini dengan keputusan SPM SEBENAR anda
  3. Penting untuk kira MARKAH MERIT sebelum membuat pilihan program.
    Rujuk: Panduan Membuat Pengiraan Markah Merit Lepasan SPM 
  4. SEMAK TREN PENAWARAN sekiranya perlu
  5. Pergi ke laman web UPU untuk membuat pengemaskinian pilihan program pengajian yang telah dibuat sebelum ini
  6. KEMASKINI SEMULA semua pilihan program sesuai dengan keputusan SPM sebenar anda

Baca juga: SemakSYARAT UiTM: Cara Semak Kelayakan Masuk UiTM Dengan Masukkan Keputusan SPM

CARA KEMASKINI UPUONLINE

Berikut adalah cara kemaskini UPUOnline setelah mendapat keputusan SPM:

  1. Pemohon boleh buat pengemaskinian menerusi laman sesawang UPU https://upu.mohe.gov.my/
  2. Klik UPU Online untuk kemaskini permohonan
  3. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
  4. Log masuk seperti biasa.
  5. Calon boleh mengemaskini pada ruangan yang dikehendaki seperti maklumat diri dan akademik dan ikut arahan seterusnya.
  6. Setelah selesai pengemaskinian, klik pada butang ‘SAH‘ dan ‘HANTAR‘.

Tips & Panduan Kemaskini UPUOnline Mulai 10 Jun 2021 Untuk Lepasan SPM

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh ajukan ke alamat atau talian berikut:

  • Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
    Jabatan Pendidikan Tinggi,
    Kementerian Pengajian Tinggi
    Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
    Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Talian Hotline : 03 8870 8200
  • Emel : upu@mohe.gov.my

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma