Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) • Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •

SemakSYARAT UiTM: Cara Semak Kelayakan Masuk UiTM Dengan Masukkan Keputusan SPM

Oleh Cikgu Shaari • June 17, 2022 • 2 min baca

SemakSYARAT UiTM: Cara Semak Kelayakan Masuk UiTM Dengan Masukkan Keputusan SPM
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM telah mewujudkan sistem semakSYARAT yang terbaharu bagi tujuan menyemak syarat kemasukan ke UiTM. Ianya lebih mudah diakses dan difahami. Hanya masukkan keputusan peperiksaan dan dapatkan senarai program yang layak untuk dimohon.

Semakan syarat kelayakan anda berdasarkan keputusan SPM/ STPM/ STAM/ Matrikulasi/ Diploma IPT lain. Bagi yang berminat nak sambung pengajian di UiTM, anda boleh semak syarat kelayakan sekarang melalui sistem semakSYARAT ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan membuat semakan syarat melalui semakSYARAT.

KEMUDAHAN SEMAKSYARAT UITM

Kemudahan semakSYARAT UiTM boleh diakses melalui saluran berikut:

LANGKAH SEMAKAN SYARAT UITM MELALUI SEMAKSYARAT

Berikut adalah langkah membuat semakan syarat kelayakan program UiTM di aplikasi atau laman web melalui semakSYARAT:

  1. Buka aplikasi semakSYARAT di telefon pintar (Google Chrome di Android & Safari di iOS).
  2. Buka menu dan tekan pilihan Semak Syarat
  3. Pilih Peringkat Pengajian & Kategori dan isi ruangan yang disediakan
  4. Tekan butang Semak
  5. Hasil semakan menunjukkan bilangan program yang layak dimohon. Tekan nama program untuk maklumat lanjut
  6. Paparan rekod semakan yang lalu boleh diakses pada bila-bila masa

Baca juga: Panduan Terkini Guna Kalkulator Merit Untuk Lepasan SPM 

Untuk makluman anda, semakan syarat kelayakan program pada sistem ini adalah berdasarkan kelayakan akademik sahaja. Penawaran ke program yang terlibat adalah mengikut kaedah meritokrasi.

Bagi yang sedang mencari biasiswa terbaik untuk sambung belajar, anda boleh rujuk Senarai 14 Biasiswa Terbaik Yang Boleh Dimohon.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.