Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar • Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar •
SPM

Panduan Terkini Cara Guna Kalkulator Merit UPU Untuk Lepasan SPM Kira Markah Merit

Oleh Cikgu Shaari • June 13, 2022 • 2 min baca

Panduan Terkini Cara Guna Kalkulator Merit UPU Untuk Lepasan SPM Kira Markah Merit
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bagi lepasan SPM atau calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM yang masih tidak tahu, pengiraan markah merit UPU adalah antara dasar dan kriteria yang diambil kira bagi pemilihan lepasan SPM untuk kemasukan ke IPT melalui UPU.

Cara pengiraan markah merit UPU bagi kemasukan ke universiti adalah berdasarkan prinsip meritokrasi iaitu bagi menentukan siapakah yang lebih layak berdasarkan kepada prestasi mereka. Jadi, setiap pemohon UPU perlu tahu cara pengiraan markah merit UPU.

Pengiraan markah merit UPU boleh dibuat dengan menggunakan kalkulator merit yang tersedia di beberapa platform. Macam mana nak guna kalkulator pengiraan merit? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan terkini cara guna kalkulator pengiraan merit.

PENYEDIAAN KALKULATOR MERIT

Untuk makluman anda, pengiraan merit boleh dilakukan menggunakan kalkulator merit yang tersedia di:

  • Laman UPUOnline (https://upu.mohe.gov.my/)
  • Aplikasi UPUPocket (boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store & Huawei App Callery)

MERIT 2.0 LEPASAN SPM

PANDUAN GUNA KALKULATOR MERIT

Berikut adalah panduan menggunakan kalkulator merit untuk pengiraan markah merit bagi kemasukan ke IPT:

  1. Masukkan keputusan Gred Mata Pelajaran Universal yang diperolehi
  2. Pilih pakej Mata Pelajaran:
    – STEM A
    – STEM B
    – STEM C
    – KSI/ Lain-lain
    (Nota: Rujuk kaunselor sekolah untuk kenal pasti pakej)
  3. Pilih dan masukkan gred Mata Pelajaran terbaik
  4. Pilih dan masukkan gred Mata Pelajaran terbaik yang belum diambil kira
  5. Masukkan markah ko-kurikulum. Nota: Rujuk kaunselor sekolah untuk ketahui markah ko-kurikulum
  6. Tekan butang kira
  7. Markah merit akan dipaparkan

Sebelum ini kiraan mata merit mengambil kira 5 mata pelajaran utama + 3 mata pelajaran terbaik yang lain.

Namun sekarang ini pengiraan sudah bertukar.

Untuk lepasan SPM, ada STEM A, STEM B, STEM C dan Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas. Subjek juga dah lain. Terdapat 4 subjek universal + 2 mata pelajaran pakej terbaik dan 2 mata pelajaran terbaik lain.

Rujuk: Perubahan Terkini Pengiraan Mata Merit Lepasan SPM Bagi Kemasukan Ke IPTA/ ILKA

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.