Pembeli yang membuat tempahan sehingga 30 Jun ini masih layak menikmati insentif tersebut.

Dalam masa sama, pembeli perlu membuat pendaftaran kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum:

  • Tarikh akhir pendaftaran kenderaan: 31 Mac 2023

Lanjutan tempoh pendaftaran kenderaan ini merupakan satu penyelesaian titik tengah (midpoint solution) bagi mengimbangi kepentingan pengguna dan hasil cukai negara yang perlu ditingkatkan semula pasca-pandemik bagi memastikan kebajikan rakyat dan kesejahteraan ekonomi negara terus terpelihara

Menerusi inisiatif yang bermula sejak 15 Jun 2020 itu, sebanyak 868,422 unit kenderaan telah terjual dan pembeli telah mendapat manfaat pengecualian cukai jualan berjumlah RM4.7 bilion.