Cara Semak Keputusan SPM Secara Online & Melalui SMS Dengan Mudah

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah antara peperiksaan yang paling penting untuk setiap pelajar di Malaysia terutama bagi yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi mahupun yang ingin bekerja. Pasti ramai yang sudah berdebar dan tidak sabar kan menanti tarikh keputusan SPM 2021 keluar?
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan SPM tahun 2021 akan diumumkan tidak lama lagi, iaitu pada 16 Jun 2022. Memandangkan tahun ini agak berbeza dengan tahun sebelum ini akibat pandemik, keputusan SPM tahun 2021 boleh disemak pada tahun 2022.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui tarikh dan masa semakan keputusan SPM 2021-2022 dan cara membuat semakan secara online atau SMS.
TARIKH & MASA KEPUTUSAN SPM 2021 KELUAR
Semakan keputusan SPM 2021 boleh disemak mulai tarikh dan masa berikut:
- Tarikh keputusan SPM 2021 keluar: 16 Jun 2022
KAEDAH SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2022
Calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah berikut:
Di Sekolah
Calon sekolah boleh dapatkan keputusan daripada sekolah masing-masing pada:
- Mulai 10 pagi
Secara online
Semakan secara dalam talian boleh dibuat di pautan berikut:
*Laman semakan hanya dibuka mulai 10 pagi pada 16 Jun sehingga 6 petang pada 24 Jun 2022
Melalui SMS
Menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2021 adalah dengan menaip:
- SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran
- Hantar ke 68886
Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai 10 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga 6 petang pada 22 Jun 2022.