Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan Diploma & Sijil

Kerjaya Separa Perubatan kini menjadi antara kerjaya pilihan bagi lepasan SPM dan Diploma selain dari sektor awam yang lain. Namun, jumlah permohonan yang ramai dalam bidang ini menjadikan persaingan untuk mendapat jawatan ini begitu sengit.

Hanya calon Separa Perubatan yang terbaik sahaja akan terpilih dan sebahagian dari jumlah tersebut akan gagal temuduga. Bukan mudah nak lulus temuduga jika kita tidak tahu bagaimana gambaran temuduga tersebut dan soalan yang akan ditanya.

Melalui perkongsian ini, anda akan ketahui beberapa faktor yang menyebabkan calon gagal temuduga dan contoh soalan temuduga yang akan ditanya dalam temuduga Separa Perubatan.

INFO RINGKAS SEPARA PERUBATAN

Gelaran Pegawai Separa Perubatan hanya akan diberi kepada individu yang telah tamat program khusus dan latihan khas dalam jangkamasa yang telah ditetapkan dengan jayanya.

Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan Diploma & Sijil

Berikut adalah beberapa peringkat yang perlu calon jalani untuk mendapat jawatan Pegawai Separa Perubatan:

  1. Lulus Peperiksaan Latihan Separa Perubatan
  2. Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan
  3. Menamatkan Latihan dan Kursus yang ditetapkan

LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA

Terdapat 10 Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan kepada calon peringkat Diploma, iaitu:

  1. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  2. Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
  3. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  4. Latihan Jururawat
  5. Latihan Jururawat Pergigian
  6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  7. Latihan Juruteknologi Pergigian
  8. Latihan Juru X-Ray
  9. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Untuk maklumat lanjut mengenai latihan yang ditawarkan, anda boleh rujuk DI SINI.

LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL

Terdapat 3 Latihan Separa Perubatan bagi calon yang bertaraf Sijil, iaitu:

  1. Latihan Jururawat Masyarakat
  2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  3. Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Untuk maklumat lanjut mengenai latihan yang ditawarkan, anda boleh rujuk DI SINI.

Baca juga: Cara Mohon Latihan Separa Perubatan Lepasan SPM

FAKTOR CALON GAGAL TEMUDUGA LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan Diploma & Sijil

Untuk pengetahuan anda, ada beberapa yang menjadi faktor yang menjadi penyumbang calon gagal dalam proses temuduga Latihan Separa Perubatan. Antaranya adalah:

  • Calon tidak tahu cara menjawab soalan yang dikemukakan
  • Calon tidak tahu cara berhadapan dengan temuduga
  • Calon gagal menjawab soalan temuduga dengan baik
  • Tidak tahu soalan yang akan ditanya ketika temuduga Separa Perubatan
  • Calon tidak pandai mengambil hati penemuduga
  • Terlalu ramai persaingan yang bagus dan lebih bersedia
  • Gagal mempersembahkan resume Separa Perubatan yang memikat penemuduga
  • Tidak melakukan persediaan sebelum temuduga
  • Tidak ketahui isu semasa

SOALAN TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN

Sebagai persediaan calon untuk menghadapi temuduga Latihan Separa Perubatan, WAJIB untuk anda ketahui beberapa soalan yang akan ditanya ketika temuduga.

Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan Diploma & Sijil

Berikut adalah beberapa soalan yang mungkin akan ditanya ketika temuduga Latihan Separa Perubatan:

  1. Sila perkenalkan diri anda
  2. Apakah bidang ko-kurikulum yang anda sertai semasa di sekolah dahulu?
  3. Mengapa anda berminat untuk menceburi bidang separa perubatan?
  4. Adakah anda layak menceburi bidang latihan separa perubatan?
  5. Apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk menjawat latihan Separa Perubatan?
  6. Bagaimana anda hendak menyesuaikan diri apabila berhadapan dengan pesakit yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia?
  7. Sebutkan bidang-bidang latihan separa perubatan yang kamu tahu.
  8. Berikan sekurang-kurangnya 5 nama kolej latihan separa perubatan yang anda tahu.
  9. Berikan perbezaan di antara klinik dan hospital
  10. Terangkan apa yang anda faham mengenai Klinik 1Malaysia?
  11. Berikan punca kepada demam malaria serta langkah-langkah untuk mencegahnya.
  12. Berikan nama bagi Menteri Kesihatan yang terkini.
  13. Berikan nama bagi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
  14. Senaraikan 3 jenis penyakit yang berpunca dari air tercemar.
  15. Senaraikan sekurang-kurangnya 5 kempen kesihatan yang anda tahu
  16. Nyatakan contoh penyakit yang disebabkan oleh kandungan yang berlebihan
  17. Nyatakan 5 contoh jabatan yang terdapat di hospital kerajaan.
  18. Bolehkan anda bekerja dalam syif siang dan malam secara berganti-ganti?
  19. Ceritakan tentang piramid makanan yang anda tahu.
  20. Terangkan misi dan visi Kementerian Kesihatan Malaysia.
  21. Terangkan mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan fungsinya.
  22. Kerajaan telah memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), sila berikan ulasan mengenai perkara ini.
  23. Terangkan mengapa kami harus pilih anda dan bukan calon-calon yang lain?
  24. Ceritakan kelemahan diri anda yang perlu kamu ketahui?
  25. Apakah strategi anda untuk memperbaiki kelemahan tersebut?
  26. Mengapa anda memilih kerjaya dalam sektor awam dan bukan sektor swasta?
  27. Adalah sistem pendidikan di Malaysia berada pada hala tuju yang benar?
  28. Apakah cadangan anda untuk menambahbaik sistem pendidikan yang ada sekarang?
  29. Sekiranya anda seorang pereka grafik, apakah langkah-langkah yang perlu diambil sebelum membuat sebuah rekaan iklan?
  30. Nyatakan contoh pencapaian anda dalam kategori teknologi maklumat semasa dahulu.
  31. Sebagai seorang ketua di sebuah jabatan kerajaan, apakah tindakan anda bagi memastikan semua staf di bawah seliaan anda berdisiplin di tempat kerja?
  32. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk berkhidmat ke sektor awam, bagaimanakah strategi anda untuk meyakinkan kami yang anda tidak akan berkhidmat semua dalam sektor swasta?
  33. Sebagai penjawat awam, anda menghadapi kemungkinan untuk berpindah lokasi pekerjaan ke tempat atau negeri lain. Adakah anda akan memberi komitmen yang baik?
  34. Apakah perancangan anda sekiranya diberikan tugas untuk menjayakan satu program di tempat kerja anda?
  35. Apakah perbezaan jururawat dengan jururawat pergigian?
  36. Terangkah risiko kerja yang ditanggung oleh Juru X-Ray.
  37. Apakah bidang latihan yang menjadi pilihan anda?
  38. Mengapa anda memilih bidang latihan tersebut?
  39. Berapa lamakah anda akan menjalani latihan bidang tersebut?
  40. Ada apa-apa soalan yang anda hendak tanya?

Untuk lulus temuduga, sangat penting untuk anda membuat beberapa kajian mengenai soalan-soalan temuduga dan isu semasa mengenai kesihatan tidak kira di negara kita atau negara luar. Soalan yang dinyatakan ini bukanlah 100% ditanya ketika temuduga. Tetapi, kemungkinan besar akan ditanya kerana soalan-soalan beginilah yang biasa ditanya dalam temuduga Latihan Separa Perubatan.

Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan Diploma & Sijil

Selain daripada persediaan menjawab soalan temuduga, anda juga perlu lakukan pelbagai persediaan lain seperti dari segi penampilan, tepati masa dan keyakinan diri. Sangat penting juga untuk anda peka dengan setiap soalan yang akan ditanya oleh temuduga. Jangan sampai penemuduga ulang soalan berulang kali.

Semoga perkongsian mengenai contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan ini dapat membantu anda membuat persediaan sebelum menghadapi temuduga sebenar.

Baca juga: 13 Hala Tuju Sambung Belajar Selepas SPM Yang Anda Perlu Tahu

PANDUAN TEMUDUGA LATIHAN SEPARA PERUBATAN DIPLOMA/SIJIL

Perhatian calon temuduga Separa Perubatan!!! Sekiranya anda ingin membuat persediaan rapi maka anda perlu dapatkan panduan temuduga Separa Perubatan yang kami keluarkan di bawah.

Untuk makluman anda, Panduan Temuduga Kerjaya Separa Perubatan ini merupakan sebahagian dari komponen rujukan pantas khas yang telah dipakejkan sekali dengan panduan Temuduga Kerja Kerajaan untuk membantu calon lulus cemerlang temuduga.

Terdapat beberapa modul utama dalam panduan temuduga Kerja Kerajaan tersebut termasuk Rujukan Pantas Temuduga Separa Perubatan di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat sila dapatkan salinan panduan tersebut melalui link di bawah. Sila pilih pakej Temuduga Separa Perubatan di laman tempahan di bawah.

PANDUAN TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN

Ambil langkah pertama anda untuk berada selangkah dari calon-calon lain dengan mendapatkan panduan Khas temuduga Separa Perubatan ini.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma