Cara Mohon Latihan Separa Perubatan Lepasan SPM. Dijamin Tempat Kerja Dalam Kerajaan

Ramai pencari kerja terutamanya pencari kerja lepasan SPM tidak mengetahui tentang Program Latihan Separa Perubatan. Program ini merupakan sebuah program pengajian yang ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk semua pencari kerja lepasan SPM seluruh negeri.
Untuk pengetahuan anda juga, dalam program pengajian ini, pelatih akan diberikan elaun sara diri sepanjang tempoh pengajian dan penginapan pelatih turut disediakan.
Bukan itu sahaja, pekerjaan juga sudah tersedia untuk pelatih kerana sebaik sahaja tamat tempoh latihan pengajian, Kementerian Kesihatan akan menempatkan anda di hospital-hospital kerajaan untuk bekerja. Selain itu, anda juga tidak akan dikenakan sebarang yuran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini.
Baca juga: 13 Hala Tuju Sambung Belajar Selepas SPM
Menarik bukan? Pelbagai faedah dapat anda peroleh daripada program latihan ini. Sekiranya anda berasa minat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ini, anda boleh membuat permohonan.
Orang ramai boleh rebut peluang ini dan buat permohonan melalui laman web SPA9.
Isi Kandungan
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Terdapat beberapa syarat yang telah ditetapkan dan anda haruslah meneliti setiap satu daripada syarat ini. Pastikan anda telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan ini sebelum anda membuat permohonan. Antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
- Pemohon perlu memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan lain yang setaraf dengannya dan mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu.
- Pemohon yang memohon menggunakan sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut bagi memastikan kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan sijil penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.
- Lulus enam subjek dalam SPM dengan subjek Bahasa Melayu mendapat gred kepujian dan selebihnya peringkat lulus dalam satu peperiksaan.
- Lulus enam subjek termasuk Bahasa Melayu dengan dua subjek lain di peringkat kepujian dan selebihnya peringkat lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.
- Memenuhi syarat Bahasa Melayu sama ada kepujian atau lulus dan subjek-subjek tertentu sepertimana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mendapat kepujian dalam subjek Bahasa - Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.
- Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Bagi calon yang layak, surat panggilan temuduga dan ujian akan diberi. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal rasmi SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.
- Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah selama satu tahun. Calon perlu isi semula permohonan selepas tempoh tersebut.
- Pegawai sedang berkhidmat untuk kenaikan pangkat secara lantikan hendaklah berumur kurang daripada 51 tahun pada tarikh permohonan.
- Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/ Badan Berkanun atau Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
SENARAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA
Berikut merupakan senarai latihan separa perubatan yang ditawarkan. Anda boleh memilih mana-mana latihan yang anda minat.
- Jururawat
- Jururawat (PSL)
- Penolong Pegawai Perubatan
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Juruteknologi Makmal perubatan
- Penolong Pegawai Farmasi
- Juru X-Ray (Diagnostik)
- Jurupulih Perubatan Carakerja
- Jurupulih Perubatan Fisioterapi
- Juruterapi Pergigian
- Juruteknologi Pergigian
SENARAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL
- Pembantu Pembedahan Pergigian
- Pembantu Kesihatan Awam
CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Permohonan untuk melanjutkan pengajian dalam program separa perubatan ini hanya dibuka secara online. Anda yang berminat bolehlah mengemukakan permohonan. Berikut merupakan cara-cara permohonan.
Langkah 1
Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:
- Dah Ada Akaun SPA8i, Ini Cara Daftar SPA9 & Dapatkan ID Baru Untuk Log Masuk
- Cara Daftar Akaun Baru SPA9 Bagi Yang Belum Pernah Daftar SPA8i Atau Akaun Tamat Tempoh
Langkah 2
Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon
Langkah 3
Pergi ke bahagian SPM/Setaraf . Pilih jawatan Latihan Separa Perubatan di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.
*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja.
Langkah 4
Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya
Langkah 5
Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.
Langkah 6
Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.
Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).
Untuk elakkan anda melakukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA.
Rujuk iklan jawatan dan maklumat lebih lanjut berkenaan Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan di pautan:
IKLAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN