Tawaran Pengambilan Guru (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41) JPINT Dibuka Buat Graduan

Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengisi jawatan Pegawai Pendidikan DG41 secara Contract Of Service (Cos) di beberapa institusi pengajian seperti diiklankan.

Kali ini mahasiswa lepasan universiti awam boleh mohon secara atas talian (online), manakala mahasiswa lepasan luar negara pula mohon secara manual iaitu perlu hantar borang sendiri ke JPINT serta dilampirkan dengan surat MQA. Lengkapkan borang permohonan dan hantar selewat-lewatnya 19 Oktober 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut iklan tawaran dan panduan buat permohonan.

INSTITUSI PENDIDIKAN TERLIBAT

Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengisi jawatan Pegawai Pendidikan DG41 secara Contract Of Service (Cos) di:

  • Maahad Tahfiz Al-Quran terengganu (MTQT)
  • Madrasah Moden Terengganu (MMT)
  • Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI)
  • Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI)

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu
  • Nama jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41
  • Taraf jawatan: Kontrak (Contract Of Service)
  • Tarikh tutup permohonan: 19 Oktober 2022

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran dibuka kepada kepada calon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman
  • Sihat tubuh badan
  • Umur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2023
  • Wajib mendapatkan Dos Imunisasi Covid-19 yang lengkap

Calon juga mestilah memiliki kelulusan akademik seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada IPT yang diiktiraf oleh Kerajaan serta memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/ SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Pemohon lulusan institusi pengajian luar negara perlu mengemukakan surat pengiktirafan Ijazah daripada MQA untuk dilampirkan bersama dokumen permohonan secara manual dan semua pemohon perlu membawa bersama surat pengiktirafan tersebut semasa menghadiri sesi temuduga

CARA MOHON

Permohonan bagi calon yang berkelayakan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut:

Bagi calon lepasan institusi luar negara, calon perlu mendapatkan borang permohonan secara manual di Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) atau mengisi borang sebagaimana Lampiran A dan menghantar borang permohonan tersebut kepada JPINT sebelum tarikh tutup permohonan.

Permohonan yang tidak lengkap dan tidak teratur akan ditolak.

Calon yang didapati memberi maklumat yang salah/ tidak benar dalam permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, semasa lapor diri bertugas dan selama tempoh kontrak.

Calon boleh membuat semakan status permohonan bagi saringan seterusnya melalui laman sesawang http://jheatweb.terengganu.gov.my dan http://facebook.com/JabatanpendidikanIslamNegeriTerengganu.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma