Tarikh Cuti Deepavali & 2 Hari Cuti Tambahan KPM

Untuk makluman ibu bapa dan pelajar, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah peruntukkan tambahan cuti perayaan. Bagi sambutan Deepavali tahun 2022, tambahan cuti oleh KPM diberi selama 2 hari dan sekolah akan bercuti selama 5 hari termasuk cuti tambahan tersebut.

Pasti ramai yang sudah rancang percutian pada tahun lepas tetapi terpaksa dibatalkan memandangkan penularan Covid-19 di negara kita masih berleluasa kan? Memandangkan kerajaan telah membenarkan orang ramai rentas negeri untuk pulang ke kampung dan melancong, ayuh kita rancang percutian pada tahun ini pula!

Pastikan anda dapatkan juga kalender tahun 2023 untuk perancangan awal percutian tahun 2023 nanti. Semak tarikh cuti Deepavali beserta cuti tambahan oleh KPM di perkongsian bawah.

TARIKH CUTI DEEPAVALI & CUTI TAMBAHAN KPM

Berikut adalah tarikh penting cuti Deepavali beserta 2 hari cuti tambahan oleh KPM:

  • Cuti Deepavali
    – 22 Oktober 2022 (Sabtu)
    – 23 Oktober 2022 (Ahad) – Cuti Tambahan KPM (Kumpulan A)
    – 24 Oktober 2022 (Isnin) – Cuti Deepavali
    – 25 Oktober 2022 (Selasa) – Cuti Tambahan KPM (Kumpulan A & B)
    – 26 Oktober 2022 (Rabu) – Cuti Tambahan KPM (Kumpulan B)

Cuti sempena Deepavali dengan tambahan cuti oleh KPM adalah bermula 22 Oktober (Sabtu) hingga 26 Oktober (Rabu).

Baca juga: Tarikh Cuti Panjang Bulan Oktober & Disember 2022 Beserta Cuti Sekolah Tambahan KPM

Kumpulan A: sekolah-sekolah di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu
Kumpulan B: sekolah-sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, N. Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Semoga bermanfaat!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma