Tarikh Cuti Panjang Bulan Oktober & Disember 2022 Beserta Cuti Sekolah Tambahan KPM

Untuk makluman ibu bapa dan pelajar, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah peruntukkan tambahan cuti perayaan. Bagi sambutan Deepavali tahun 2022, tambahan cuti oleh KPM diberi selama 2 hari dan sekolah akan bercuti selama 5 hari termasuk cuti tambahan tersebut.

Pasti ramai yang sudah rancang percutian pada tahun lepas tetapi terpaksa dibatalkan memandangkan penularan Covid-19 di negara kita masih berleluasa kan? Memandangkan kerajaan telah membenarkan orang ramai rentas negeri untuk pulang ke kampung dan melancong, ayuh kita rancang percutian pada tahun ini pula!

Pastikan anda dapatkan juga kalender tahun 2023 untuk perancangan awal percutian tahun 2023 nanti. Semak tarikh cuti panjang bulan Oktober dan Disember 2022 di perkongsian bawah

SENARAI CUTI PANJANG

Berikut adalah senarai cuti panjang bagi bulan Oktober dan Disember 2022:

Cuti Bulan Oktober 2022

  • Maulidur Rasul
    – 8 Oktober 2022 (Sabtu)
    – 9 Oktober 2022 (Ahad) – Cuti Maulidur Rasul
    – 10 Oktober 2022 (Isnin) – Cuti dibawa ke depan

Ini bermaksud cuti sempena Maulidur Rasul adalah mulai 8 Oktober 2022 (Sabtu) sehingga 10 Oktober 2022 (Isnin)

  • Cuti Deepavali
    – 22 Oktober 2022 (Sabtu)
    – 23 Oktober 2022 (Ahad) – Cuti Tambahan KPM (Kumpulan A)
    – 24 Oktober 2022 (Isnin) – Cuti Deepavali
    – 25 Oktober 2022 (Selasa) – Cuti Tambahan KPM (Kumpulan A & B)
    – 26 Oktober 2022 (Rabu) – Cuti Tambahan KPM (Kumpulan B)

Cuti sempena Deepavali dengan tambahan cuti oleh KPM adalah bermula 22 Oktober (Sabtu) hingga 26 Oktober (Rabu).

Cuti Bulan Disember 2022

  • Cuti Penggal 3 Persekolahan, Sesi 2022/2023
    – 9 Disember 2022 hingga 31 Disember 2022

Pelajar sekolah akan bercuti sempena cuti penggal persekolahan bermula 9 Disember 2022 hingga 31 Disember 2022.

  • Cuti Krismas
    – 24 Disember 2022 (Sabtu)
    – 25 Disember 2022 (Ahad) – cuti Krismas
    – 26 Disember 2022 (Isnin) – Cuti dibawa ke depan

Individu bekerja akan cuti sempena krismas mulai 24 Disember 2022 (Sabtu) sehingga 26 Disember 2022 (Isnin).

Semoga perkongsian tarikh cuti panjang bulan Oktober dan Disember 2022 ini dapat memberi manfaat kepada orang ramai yang ingin rancang percutian bersama anak-anak atau ingin habiskan cuti tahunan bekerja tahun ini.

Selamat bercuti!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma