Tawaran Program Latihan NIOSH Di Bawah Tajaan Geran PTPK Terbuka Buat Lepasan Sekolah, SKM & Graduan

Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dengan kerjasama NIOSH membuka permohonan Program Latihan NIOSH Di Bawah Tajaan Geran PTPK 2022.

Inisiatif ini adalah dengan memberikan latihan percuma kepada Keluarga Malaysia yang layak bagi mengikuti pakej kursus anjuran NIOSH dengan tajaan dari PTPK. Usahasama ini bagi menyokong usaha KSM di dalam meringankan beban rakyat melalui konsep menambah nilai kemahiran dan pengetahuan bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerjaan.

Kepada semua warganegara Malaysia yang layak, jangan lepaskan peluang ini! Ikuti perkongsian di bawah untuk senarai program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

SENARAI PROGRAM DITAWARKAN

Berikut adalah senarai pakej program yang ditawarkan:

Pakej A – Authorised Entrant & Standby Person (AESP)

Jumlah hari kursus: 16 hari

  1. Site Safety Supervisor (SSS)
  2. Oil and Gas Safety Passport (OGSP)
  3. NIOSH – TM Safety Passport (NTMSP)
  4. NIOSH – Tenaga Safety Passport (NTSP)

Pakej B – Authorised Entrant & Standby Person (AESP)

Jumlah hari kusus: 8 hari

  1. Working Safely At height (WAH)
  2. Oil & Gas Safety Passport (OGSP)
  3. NIOSH – TM Safety Passport (NTMSP)
  4. NIOSH – Tenaga Safety Passport (NTSP)

Pakej C – Authorised Gas Tester & Entry Supervisor (AGTES)

Jumlah hari kursus: 8 hari

  1. Working Safety At height (WAH)
  2. Oil & Gas Safety Passport (OGSP)
  3. NIOSH – TM Safety Passport (NTMSP)
  4. NIOSH – Tenaga Safety Passport (NTSP)

Pakej D – Basic Scaffold – WA NOSS

Jumlah hari kursus: 15 hari

  1. Working Safety At height (WAH)
  2. Oil & Gas Safety Passport (OGSP)
  3. NIOSH – TM Safety Passport (NTMSP)
  4. NIOSH – Tenaga Safety Passport (NTSP)

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran program adalah terbuka kepada individu yang berkelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur di antara 16 hingga 55 tahun
  • Pelajar lepasan sekolah, Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma atau lepasan Ijazah yang belum mendapat pekerjaan
  • Mempunyai tahap kesihatan yang membenarkan mereka mengikuti sehingga tamat kursus latihan yang disediakan
  • Keutamaan kepada pelatih/ peserta yang belum pernah mengikuti latihan keamhiran di mana-mana institusi latihan
  • Mengikuti latihan secara sepenuh masa
  • Pelatih tidak pernah menerima pembiayaan/ bantuan kewangan dalam bentuk geran daripada PTPTK atau daripada mana-mana institusi kewangan lain semasa mengikuti latihan
  • Pelajar bukanlah daripada pelajar yang masih menuntut atau sedang mengikuti latihan industri semasa permohonan dibuat

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat nak ikuti program yang ditawarkan di bawah TAJAAN PTPK ini, anda boleh baut permohonan sekarang dengan mengisi permohonan di pautan berikut:

Untuk makluman anda, penginapan TIDAK DISEDIAKAN sepanjang kursus berjalan. Anda akan ditaja dalam bentuk geran PTPTK sepanjang kursus.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma