Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) • Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •

Syarat & Cara Mohon Bantuan Tambahan RM500 Buat Golongan B40 & Penerima BPR

Oleh Cikgu Shaari • May 20, 2021 • 2 min baca

Syarat & Cara Mohon Bantuan Tambahan RM500 Buat Golongan B40 & Penerima BPR
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Dalam menghadapi cabaran wabak ketika ini, Kerajaan akan terus memelihara kebajikan rakyat terutamanya mereka yang masih terjejas. Inisiatif di bawah pakej PEMERKASA kali ini akan lebih tertumpu kepada golongan rentan, kurang upaya dan mereka yang kehilangan pekerjaan.

Kerajaan telah memperkenalkan bantuan RM500 secara one-off serta tambahan RM500 kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan rendah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian bantuan RM500 di bawah PEMERKASA dan maklumat permohonan bantuan.

BANTUAN TAMBAHAN RM500 ONE OFF

Kerajaan akan memperuntukkan 1.2 bilion ringgit kepada 2.4 juta penerima untuk mendapatkan bantuan seperti berikut:

  • Bantuan tunai secara one-off RM500 kepada golongan B40 yang hilang pendapatan
  • Bayaran tambahan RM500 diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah

GOLONGAN YANG LAYAK

Golongan yang layak menerima bantuan RM500 secara one-off adalah terdiri daripada

  • Individu kehilangan kerja
  • Golongan rentan & kurang upaya
  • Penerima BPR pendapatan RM1,000 dan ke bawah

Bantuan ini melibatkan penerima berumur 21 hingga 60 tahun.

TARIKH BAYARAN BANTUAN RM500

Bayaran bantuan tambahan dan one-off RM500 akan dibayar ke akaun penerima masing-masing pada:

  • Tarikh bayaran bantuan RM500: Mulai Jun 2021

PERMOHONAN BANTUAN TAMBAHAN RM500

Untuk makluman anda:

  • Bantuan RM500 secara one-off ini tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan
  • Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP dan PEKRESO
  • Untuk individu berstatus bankrap pula, Jabatan Insolvensi Malaysia akan memudahkan urusan mereka dengan pihak bank dalam menerima bantuan Kerajaan.
  • Kelonggaran akan diberi untuk membuka akaun bank secara dalam talian (online) melalui permohonan e-mel kepada cawangan Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka

Sebarang bantuan tunai yang dikreditkan tidak akan mengalami sebarang potongan ansuran bulanan. Sebarang maklumat lanjut berkenaan bantuan one-off ini akan menyusul sekiranya terdapat makluman terbaru.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.