Semakan & Permohonan

Majlis Belia Malaysia Buka Pengambilan Felo NGO Buat Lepasan SPM. Elaun RM1,200 Diberi

May 20, 2021Oleh Cikgu Shaari2 min baca
Majlis Belia Malaysia Buka Pengambilan Felo NGO Buat Lepasan SPM. Elaun RM1,200 Diberi

Majlis Belia Malaysia (MBM) ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan dan bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di Malaysia. MBM telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668). MBM juga turut diiktiraf oleh kerajaan sebagai badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan seperti dinyatakan di bawah seksyen 49 (1) Akta 668.

Objektif MBM ialah menggalakkan dan mendorong pertubuhan belia supaya memainkan peranan yang positif dan berkesan kepada masyarakat dan negara serta bekerja rapat dengan badan-badan yang bertanggungjawab berkenaan hal ehwal belia untuk kepentingan pergerakan belia.

Terkini, MBM membuka pengambilan Felo NGO buat lepasan SPM yang berminat dengan bidang tugas yang dinyatakan di bawah. Dapatkan info lanjut dan cara memohon di perkongsian bawah.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama Majikan: Majlis Belia Malaysia
  • Nama Jawatan: Felo NGO
  • Elaun: RM1,200
  • Status Jawatan: Kontrak
  • Tarikh tutup permohonan: 4 Jun 2021

SYARAT KELAYAKAN

Individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut adalah dipelawa untuk memohon:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya SPM/ O Level/ SKM Tahap 1/ SKM Tahap 2/ SKM Tahap 3 atau apa-apa kelayakan
  • Mampu bekerja dalam kumpulan

TUGAS FELO NGO

Perantis yang dipilih akan melaksanakan tugas-tugas yang dinyatakan berikut:

  • Melaksanakan dan menyelaras tugas-tugas pengurusan persatuan.
  • Membantu menguruskan tugas-tugas pentadbiran persatuan termasuk menjawab panggilan telefon, menjadualkan temu janji dan menyediakan surat-menyurat.
  • Membantu menyediakan platform bagi aktiviti berbentuk atas talian bagi penyertaan belia.
  • Membantu menyelaraskan dan melaksanakan hebahan program-program yang dilaksanakan oleh MBM / KBS.
  • Membantu belia menyertai dan membuat permohonan program SPN secara atas talian.
  • Mengenal pasti belia yang memenuhi syarat untuk ditawarkan mengisi jawatan kosong di syarikat-syarikat yang bekerjasama dengan pihak MBM/KBS.
  • Membantu persatuan melaksanakan tugas-tugas berkaitan khidmat sosial dan kesukarelaaan dalam kalangan komuniti setempat.
  • Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

CARA MOHON

Belia yang berminat untuk sertai program yang ditawarkan boleh buat permohonan sekarang melalui platform permohonan MyFutureJobs. Permohonan boleh dibuat di pautan berikut:

Permohonan boleh dibuat sehingga 4 Jun 2021. Bagi yang belum daftar MyFutureJobs untuk buat permohonan, anda boleh daftar sekarang DI SINI.

Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda