e-Filing LHDN: Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Terkini Yang Boleh Dituntut

Melalui laman web rasmi www.hasil.gov.my, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan senarai pelepasan cukai bagi tahun taksiran 2022 yang boleh dituntut oleh para pembayar cukai pendapatan.

Dengan senarai pelepasan cukai yang disediakan ini, anda dah boleh buat persediaan dan sediakan dokumen berkaitan untuk pembayaran cukai bagi tahun taksiran 2022 nanti.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak senarai pelepasan cukai pendapatan yang boleh dituntut dalam pengiraan cukai bagi tahun taksiran 2022.

BERAPA PENDAPATAN YANG LAYAK DIKENAKAN CUKAI?

Pasti ramai yang tertanya-tanya, berapa sebenarnya gaji yang mula kena potong PCB? Adalah fresh graduate yang dapat gaji RM2,000 akan dikenakan potongan Potongan Cukai Bulanan?

Rujuk: Jumlah Pendapatan Individu Yang Dikenakan Potongan Cukai

SENARAI PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN TAHUN TAKSIRAN 2022

Berikut adalah senarai pelepasan cukai bagi tahun taksiran 2022 yang dikemaskini oleh LHDN:

1) Individu dan saudara tanggungan:

  • Amaun: RM9,000

2) Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Kerajaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan):

  • Amaun: RM8000 (Terhad)

3) Perbelanjaan pembelian peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami/ inster, anak atau ibu bapa yang kurang upaya:

  • Amaun: RM6000 (Terhad)

4) Individu kurang upaya:

  • Amaun: RM6,000

5) Yuran pengajian (Sendiri)

i) Peringkat selain sarjana atau doktor falsafah-bidang undang-undang, perakaunan kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi
ii) Peringkat sarjana atau doktor fasafah- sebarang bidang atau kursus pengajian
iii) Kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri (Terhad) RM 2000

  • Amaun: RM7,000 (terhad)

6) Perbelanjaan perubatan bagi:

i) Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius (DIri sendiri atau suami/ isteri atau anak-anak)
ii) Perbelanjaan perubatan bagi rawatan kesuburan (Diri sendiri atau suami/isteri)
iii) Perbelanjaan perubatan bagi pemvaksinan (Diri sendiri atau suami/ isteri atau anak-anak) Terhad RM1,000

  • Amaun: RM8,000 (Terhad)

7) Perbelanjaan (Terhad RM 1,000) bagi:

i) Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami/ isteri atau anak) seperti yang ditakrifkan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MPM)
ii) Ujian pengesanan Covid-19 termasuk pembelian kit ujian kendiri ke atas diri sendiri, suami/ isteri atau anak
iii) Pemeriksaan kesihatan mental atau konsultasi ke atas diri sendiri, suami/ isteri atau anak

8) Gaya Hidup – Perbelanjaan untuk kegunaan/ manfaat diri sendiri, suami/ isteri atau anak bagi:

i) Pembelian dan langganan buku, jurnal, majalan surat khabar dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang)
ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan)
iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 dan bayaran keahlian gimnasium; dan
iv) Bayaran bil bulanan untuk lengganan internet (Atas nama sendiri)

  • Amaun: RM2,500 (terhad)

Rujuk: Dapatkan Pelepasan Cukai Ke Atas Pembelian Gajet Baru Sehingga RM2500 Sebelum 31 Disember Ini (Laptop, PC, Tablet, Telefon)

9a) Gaya hidup- Pelepasan tambahan kegunaan/ manfaat diri sendiri, suami/ isteri atau anak bagi:

i) Pembalian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997
ii) bayaran sewa atau fi kemasukan ke fasiliti sukan
iii) Bayaran fi pendaftaran bagi menyertai pertandingan yang mana penganjur diluluskan dan dilesenkan oleh Pesuruhjaya Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997

  • Amaun: RM500 (terhad)

9b) Gaya hidup – Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk kegunaan/ manfaat diri sendiri, suami/ isteri atau anak dan bukan untuk kegunaan perniagaan.

  • Amaun: RM2,500 (terhad)

10) Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali setiap DUA tahun taksiran)

  • Amaun: RM1,000 (terhad)

11) Bayaran bagi yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak tadika yang berdaftar

  • Amaun: RM3,000 (terhad)

12) Tabungan bersih dalam SSPN (Tabungan bersih adalah jumlah simpanan dalam tahun 2023 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2022

  • Amaun: RM8,000 (terhad)

13) Suami/Isteri/ Bayaran alimoni kepada bekas isteri

  • Amaun: RM4,000

14) Suami/ Isteri kurang upaya

  • Amaun: RM5,000

15a) Anak yang belum berkahwin dan berumur di bawah 18 tahun

  • Amaun: RM2,000

15b) Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

i) mengikuti pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi/ pra ijazah/ A-Level) di universiti, kolej atau insititusi pelajaran yang serupa dengannya di Malaysia; atau
ii) berkhidmat di bawah satu ikatan artikel atau  memperoleh kelayakan perdagangan atau profesion di Malaysia; atau mengikuti kursus di peringkat Ijazah dan ke atas di IPT luar Malaysia
iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan

  • Amaun: RM8,000

15c) Anak Kurang Upaya

Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

  • Amaun: RM8000

16) Insuran nyawa dan KWSP

i) Kategori penjawat awam berpencen
– Premium insurans nyawa yang tidak membuat carumah KWSP / skim yang diluluskan
ATAU
ii) Kategori SELAIN daripada 16(i)
– Premium insurans nyawa (Terhad RM3,000)
– Caruman kepada KWSP / skim yang diluluskan (Terhad RM4,000)

  • Amaun: RM7000

17) Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh (Deferred Annuity)

  • Amaun: RM3,000 (terhad)

18) Insurans pendidikan dan perubatan

  • Amaun: RM3,000 (terhad)

19) Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 atau Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017

  • Amaun: RM350 (terhad)

20) Perbelanjaan pelancongan domestik bagi:

i) Bayaran penginapan di premis penginapan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992
ii) Bayaran masuk ke tempat tarikan pelancong
iii)Pembelian pakej pelancongan domestik melalui ejen pengembaraan berlesen yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992

  • Amaun: RM1,000 (terhad)

Rujuk: Simpan Resit Percutian Anda, Boleh Dapat Pelepasan Cukai RM1,000

21) Perbelanjaan bayaran pemasangan, sewaan, pembelian termasuk sewa-beli peralatan atau langganan bagi penggunaan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik bagi kenderaan sendiri (Bukan untuk kegunaan perniagaan)

  • Amaun: RM2,500 (terhad)

Baca: Panduan Terkini Cara Isi eFiling Cukai Pendapatan LHDN ezHasil

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai pelepasan cukai tahun taksiran 2022 e-Filing anda boleh hubungi LHDN di saluran berikut:

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma