e-Filing 2021: Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Terkini Yang Boleh Dituntut

Melalui laman Facebook, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan senarai pelepasan cukai bagi tahun taksiran 2020 yang boleh dituntut oleh para pembayar cukai pendapatan.

Dengan senarai pelepasan cukai yang disediakan ini, anda dah boleh buat persediaan dan sediakan dokumen berkaitan untuk pembayaran cukai bagi tahun taksiran 2020.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak senarai pelepasan cukai pendapatan yang boleh dituntut dalam pengiraan cukai bagi tahun taksiran 2020.

SENARAI PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN TAHUN TAKSIRAN 2020

Berikut adalah senarai pelepasan cukai bagi tahun taksiran 2020:

1. RM9,000 Individu

  • Diri sendiri dan saudara tanggungan

2. RM6,000 Individu OKU

3. Pelepasan Bagi Ibu Bapa

  • RM5,000 perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa
  • RM3,000 pelepasan bagi ibu bapa

4. Peralatan Alat Sokongan Asas

  • RM6,000 bagi peralatan alat sokongan asas (individu/suami/isteri/anak/ibubapa OKU)

5. RM7,000 Yuran Pendidikan Diri Sendiri

6. RM6,000 Untuk Perubatan

  • Perbelanjaan perubatan sakit yang sukar diubati (individu/pasangan/anak)
  • Pemeriksaan perubatan penuh (TERHAD RM500)
  • Perbelanjaan rawatan kesuburan

7. RM2,500 Gaya Hidup

  • Pembelian bahan bacaan
  • Bayaran langganan Internet
  • Pembelian peralatan sukan dan bayaran gymnasium
  • Pembelian komputer peribadi telefon pintar atau tablet

8. RM8,000 SSPN (tabungan bersih)

9. RM4,000 Suami/Isteri/Alimoni kepada Bekas Isteri

10. RM3,500 Suami Isteri Kurang Upaya

11. Anak-Anak

  • RM2,000 anak kurang 18 tahun
  • RM2,000 anak melebihi 18 tahun masih belajar sepenuh masa
  • RM6,000 anak kurang upaya
  • RM8,000 anak lebih 18 tahun masih belajar di IPT
  • RM8,000 tambahan anak kurang upaya lebih 18 tahun masih belajar IPT

12. RM1,000 Pembelian Peralatan Penyusuan

13.RM2,000 Yuran Taman Asuhan Kanak-Kanak / Tadika

14. Insuran Nyawa & KWSP

15. RM3,000 Insuran Perubatan & Pendidikan

16. RM3,000 Skim Persaraan Swasta & Anuiti Tertunda

17. RM250 PERKESO

e-Filing 2021: Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Terkini Yang Boleh Dituntut

Baca: Panduan Terkini Cara Isi eFiling Cukai Pendapatan LHDN ezHasil

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai pelepasan cukai tahun taksiran 2020 e-Filing anda boleh hubungi LHDN di saluran berikut:

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma