Cara Masukkan Anugerah Dekan Ke Dalam Resume Dengan Betul Serta Kelebihannya

Anda pernah dapat anugerah dekan semasa pengajian di universiti? Rugilah jika anda simpan sahaja anugerah yang ada tanpa tonjolkan dalam resume! Masukkan anugerah dekan dalam resume adalah salah satu tips untuk lepasan graduan tarikh perhatian majikan semasa buat permohonan kerja.

Namun nak masukkan anugerah dekan ke dalam resume pun ada caranya. Bagaimana nak masukkan anuegrah dekan dalam resume?

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui kelebihan dan panduan masukkan anugerah dekan ke dalam resume.

KELEBIHAN MASUKKAN ANUGERAH DEKAN DALAM RESUME

Terdapat 4 sebab mengapa anda perlu memasukkan pencapaian Anugerah Dekan ke dalam resume anda.

  • Fokus kepada pencapaian akademik : Anda boleh menarik bakal majikan untuk terus fokus kepada kualiti pencapaian akademik yang anda perolehi sepanjang anda belajar di universiti. Jadi, secara tidak langsung anda juga akan memberikan kualiti yang terbaik dalam pekerjaan anda.
  • Bukti anda konsisten dalam apa jua bidang : Sekiranya anda menyenaraikan pencapaian Anugerah Dekan untuk setiap semester, bakal majikan beranggapan bahawa anda adalah seorang yang konsisten dan berkomitmen dalam apa jua bidang yang anda ceburi serta mempunyai cara yang terbaik untuk mencapai matlamat yang anda inginkan terutamanya dalam pekerjaan anda.
  • Lebih kukuh sekiranya anda datang daripada universiti yang berprestij : Anda akan berada dalam kedudukan teratas sebagai calon yang terbaik dan sesuai dengan jawatan yang ditawarkan sekiranya anda datang daripada universiti yang terkenal dan berprestij tinggi. Terdapat sesetengah bakal majikan lebih teruja dengan calon yang tamatkan pengajian serta mempunyai Anugerah Dekan setiap semester daripada universiti terkenal dan merasakan calon tersebut adalah calon yang terbaik untuk diserap ke dalam syarikat mereka.
  • Tambah maklumat ke dalam resume : Anda perlu tambahkan maklumat ini ke dalam resume sekiranya anda baru tamatkan pengajian dan belum mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Jadi, masukkan pencapaian ini untuk menarik perhatian bakal majikan anda ketika mereka membaca resume anda.

TIPS MASUKKAN ANUGERAH DEKAN DALAM RESUME

Berikut adalah cara-cara memasukkan anugerah dekan ke dalam resume anda :

1.  Senaraikan Pencapaian Anugerah Dekan Dibahagian Pendidikan

Kebanyakan daripada anda meletakkan pencapaian Anugerah Dekan pada bahagian Anugerah & Pencapaian. Tetapi kali ini cuba tukar Anugerah Dekan yang anda perolehi di bahagian Pendidikan supaya bakal majikan boleh terus fokus kepada pencapaian pendidikan yang anda perolehi.

2. Masukkan Bahagian Pendidikan Dibahagian Atas Resume

Untuk perkara ini, tukarkan bahagian pendidikan dibahagian atas resume sekiranya ini adalah permohonan kerja yang pertama anda. Bagi graduan yang baru tamat pengajian boleh mencuba kaedah ini untuk memasukkan anugerah dekan di dalam resume.

3.  Nyatakan Jumlah Senarai Dekan Yang Diperolehi

Senaraikan jumlah Anugerah Dekan yang anda perolehi ke dalam resume anda walaupun anda mendapat anugerah setiap semester. Ia sesuai sekiranya resume anda mempunyai ruang yang kosong.

4. Masukkan CGPA & Semester Yang Diperolehi

Masukkan jumlah CGPA beserta semester yang diperolehi.Bakal majikan akan tertarik dengan jumlah CGPA yang dinyatakan kerana merasakan anda adalah calon yang hebat dan anda adalah calon yang dicari oleh mereka.

CARA MASUKKAN ANUGERAH DEKAN DALAM RESUME

Berikut adalah contoh Anugerah Dekan yang boleh dimasukkan ke dalam resume :

Contoh 1

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

  • Ijazah Sarjana Muda Sains Mikrobiologi
  • CGPA : 3.9
  • Anugerah Dekan 6 Semester

Contoh 2

  • Anugerah Dekan Semester 2 & 3 Tahun 2018 : CGPA 3.8 / CGPA 3.9
  • Anugerah Dekan Semester 1, 2 & 3 Tahun 2019 : CGPA 4.00
  • Anugerah Dekan Diraja Tahun 2020 Majlis Konvokesyen Universiti Malaya

Pastikan anda manfaatkan anugerah yang diterima untuk menarik perhatian majikan terutama bagi graduan yang tiada pengalaman kerja.

Semoga bermanfaat!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma