Cara Membuat Pengeluaran KWSP Untuk Rawatan Kesihatan Diri Sendiri & Ahli Keluarga
Dengan kemajuan teknologi dan penemuan perubatan yang ada pada abad ini telah meningkatkan jangka hayat dan kualiti kehidupan, tetapi pada hakikatnya kos penjagaan kesihatan tetap mahal.
KWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/ atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengeluaran simpanan KWSP untuk rawatan kesihatan.
Isi Kandungan
PENGELUARAN KWSP
Selain pengeluaran KWSP untuk rawatan kesihatan, ahli juga boleh membuat pengeluaran KWSP untuk tujuan berikut:
- Pendidikan
- Rawatan Kesuburan
- Beli Rumah
- Bina Rumah
- Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
- Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
- Perumahan Fleksibel
- Perumahan PR1MA
- Haji
- Simpanan Melebihi RM1juta
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan pengeluaran:
- Warganegara dan Bukan Warganegara
- Berumur 55 tahun ke bawah
- Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
-
Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan
- Penyakit/ Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP
- Tidak mendapat rawatan alternatif
SIAPA YANG LAYAK DIBIAYAI
Ahli boleh mohon pengeluaran untuk biayai individu berikut:
- Diri sendiri
- Ibu bapa
- Pasangan
- Adik beradik
- Anak-anak
RAWATAN YANG DILINDUNGI
Hanya rawatan-rawatan tersebut sahaja layak untuk membuat pengeluaran KWSP:
- Kanser
- Sistem Kardiovaskular
- Endokrin/Perubatan
- Gastroenterologi/Hepatologi
- Sistem genitourinari
- Hematologi
- Sistem saraf
- Oftalmologi
- Ortopedik
- Sistem Pernafasan
- Penyakit kanak-kanak di bawah 16 tahun
- Penyakit Mental
- Sistem Muskuloskeletal
- Rheumatologi
- Lain-lain penyakit
Rujuk lebih lanjut DI SINI.
MAKLUMAT PENGELUARAN
Pengeluaran Individu:
- Jumlah kos rawatan sebenar ATAU
- Keseluruhan simpanan dalam Akaun 2
Pengeluaran Bersama:
- Jumlah yang dipohon
- Simpanan Akaun 2 pemohon masing-masing
- Baki kos rawatan setelah ditolak amaun pengeluaran pemohon terdahulu
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Borang KWSP 9D (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
- Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad)
- Buku bank/Penyata akaun simpanan/penyata akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
- Surat pengesahan daripada majikan dan ahli keluarga yang mengesahkan tanggungan pembiayaan kos perubatan (jika berkenaan)
- Borang KWSP 3 (Pindaan)
- Laporan Perubatan – Penyakit Kritikal LPP1
Permohonan pengeluaran yang melibatkan Institusi Perubatan dalam dan luar negara memerlukan dokumen sokongan yang mungkin berbeza bagi pembiayaan kesihatan. Jadi, semak senarai dokumen penting yang diperlukan di sini:
CARA MOHON PENGELUARAN
Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan memerlukan peruntukan kewangan untuk rawatan kesihatan, anda boleh buat pengeluaran KWSP melalui 2 kaedah iaitu manual dan online.
Secara Manual
- Bawa dokumen-dokumen yang lengkap ke kaunter KWSP untuk pengeluaran.
Secara Online
- Buat permohonan pengeluaran secara online melalui e-Pengeluaran
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh ajukan secara online melalui PERTANYAAN KWSP atau terus ke kaunter KWSP cawangan berdekatan anda untuk dapatkan keterangan lanjut.