Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Cara Mohon Jadi Pembantu Peperiksaan Sambilan UPSI Dengan Kelayakan Minima SPM

Oleh Cikgu Shaari • October 13, 2022 • 2 min baca

Cara Mohon Jadi Pembantu Peperiksaan Sambilan UPSI Dengan Kelayakan Minima SPM
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berminat nak jadi Pembantu Peperiksaan sambilan? Universiti Pendidikan Sultan Idrid (UPSI) sedang membuka pengambilan Pembantu Peperiksaan Sambilan buat orang ramai dengan kelayakan sekurang-kurangnya SPM yang berkelayakan dan berminat. Calon mestilah bersedia untuk bertugas pad ahari minggu juga.

Pastikan anda lengkapkan borang dan hantar permohonan selewat-lewatnya 30 Oktober 2022. Tugas anda adalah membantu ketua pengawas dan pengawas mengawai peperiksaan serta beberapa tugas lain.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Majikan: Universiti Pendidikan Sultan Idrid (UPSI)
  • Nama jawatan: Pembantu Peperiksaan Sambilan
  • Tarikh lantikan: Kumpulan A (28/11/2022) / Kumpulan B (2/12/2022)
  • Kadar bayaran: RM54.00 sehari
  • Waktu bertugas: Jam 8 pagi hingga 5 petang
  • Tarikh tutup permohonan: 30 Oktober 2022

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada individu yang berkelayakan seperti berikut:

  • Lulus SPM dengan kepujian dalam Bahasa Melayu termasuk lulus Ujian Lisan
  • Boleh membaca dan menulis dengan baik
  • Berpengetahuan dan boleh menggunakan komputer sekurang-kurangnya Microsoft Word dan Excel
  • Bertanggungjawab dan komited dalam menjalankan tugas yang diberi
  • Bersedia untuk bertugas pada hari minggu (Sabtu dan Ahad)

DEKSRIPSI TUGAS

  • Membantu Ketua Pengawas dan Pengawas mengawasi peperiksaan
  • Mengedar bahan keperluan soalan peperiksaan kepada pelajar
  • Menyediakan alatan dan keperluan peperiksaan di dewan/ bilik peperiksaan
  • Membantu kakitangan bahagian Hal Ehwal Akademik dalam urusan-urusan lain yang berkaitan peperiksaan
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk jadi Pembantu Peperiksaan sambilan seperti yang ditawarkan dan berkelayakan seperti di atas, anda boleh buat permohonan dengan ikut panduan berikut:

  • Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses
  • Salinan Kad Pengenalan, Gambar Berukuran Pasport, Semua sijil dan dokumen perlu sidahkan
  • Permohonan yang bertatus aktif sebagai pelajar dan kakitangan UPSI tidak dibenarkan
  • Borang salinan Fotostat boleh digunakan

Permohonan mestilah dihantar ke alamat:

  • Unit Peperiksaan, bahagian Hal Ehwa Akademik,
    Aras 1, Blok D, Kompleks Akademik,
    Kampus Sultan Azlan Shah,
    Universiti Pendidikan Sultan Idris
    35900 Tanjong Malim, Perak

Borang permohonan boleh didapatkan di Unit Peperiksaan Bahagian Hal Ehwal, UPSI. Anda juga boleh hubungi talian berikut untuk keterangan lanjut berkenaan jawatan ditawarkan:

  • En. Mohd Fadli Khaud: 015 4879 7973
  • Cik Siti Norhidayat: 015 4879 7974

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.