Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Cara Buat Pengeluaran Akaun 2 KWSP Secara Online Melalui e-Pengeluaran

Oleh Cikgu Shaari • February 23, 2023 • 2 min baca

Cara Buat Pengeluaran Akaun 2 KWSP Secara Online Melalui e-Pengeluaran
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Dalam zaman yang serba boleh ini, semuanya hanya di hujung jari. Kini anda boleh semak penyata KWSP anda di atas talian sahaja. Dah semak, terus print senang kan? Jika anda berhasrat ingin menyemak penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau EPF, anda kini tidak perlu bersusah payah beratur dan tunggu giliran lagi untuk berurusan di kaunter.

Bukan itu sahaja, segala urusan pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP untuk urusan tertentu juga boleh dilakukan secara online melalui e-pengeluaran.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui lebih lanjut mengenai pengeluaran akaun 2 KWSP secara online.

TUJUAN PENGELUARAN

Bagi yang masih belum tahu, anda boleh buat pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP bagi urusan-urusan berikut. Klik sahaja pautan yang diberikan untuk lihat syarat pengeluaran:

Untuk semak baki akaun simpanan KWSP, anda boleh dapatkan penyata secara online DI SINI

SYARAT KELAYAKAN

Syarat membuat permohonan e-pengeluaran adalah seperti berikut:

  • Ahli warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  • Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
  • Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum
  • Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpanan/ Semasa ahli atau rakan strategik KWSP

CARA BUAT PENGELUARAN ONLINE

Untuk membuat pengeluaran Akaun 2 KWSP bagi tujuan-tujuan di atas, anda boleh buat secara online melalui e-pengeluaran. Anda perlu Daftar i-Akaun terlebih dahulu untuk menggunakan e-pengeluaran.

Bila dah daftar i-Akaun, ikuti langkah berikut untuk buat e-pengeluaran:

  1. Log masuk ke i-Akaun KWSP
    Cara Buat Pengeluaran Akaun 2 KWSP Secara Online Melalui e-Pengeluaran
  2. Klik pada menu ‘PengeluaranCara Buat Pengeluaran Akaun 2 KWSP Secara Online Melalui e-Pengeluaran
  3. Kemudian klik ‘Permohonan Baru
  4. Pada bahagian Jenis Pengeluaran, sila pilih tujuan pengeluaran anda (Membina/membeli rumah atau sebagainya)
  5. Pada Nama Institusi sila pilih nama bank tempat anda membeli rumah/ yang berkaitan.
    Cara Buat Pengeluaran Akaun 2 KWSP Secara Online Melalui e-Pengeluaran
  6. Klik Seterusnya dan ikut langkah sehingga selesai permohonan pengeluaran
  7. Dalam masa beberapa hari, anda akan menerima SMS yang menyatakan anda perlu ke KWSP untuk urusan pengesahan cap jari.
    Cara Buat Pengeluaran Akaun 2 KWSP Secara Online Melalui e-Pengeluaran
  8. Keputusan pengeluaran akan mengambil masa 10 hari bekerja.

Cara Buat Pengeluaran Akaun 2 KWSP Secara Online Melalui e-Pengeluaran

Siap! Anda hanya perlu tunggu pengesahan. Bila dah disahkan wang pengeluaran yang anda mohon akan dimasukkan terus ke akaun bank anda. Mudah kan?

Sebenarnya nak buat pengeluaran untuk tujuan penting seperti membeli rumah dah sebagainya tidak akan merugikan anda pun. Sekurang-kurangnya nanti bila dah bersara anda tidak lagi berhutang dan sudah memiliki rumah sendiri. Untuk pengurusan wang lebih baik selepas bersara, anda boleh baca Pelan Pendapatan Untuk Pengurusan Kewangan Selepas Bersara.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Fungsi Akaun 1 Dan Akaun 2 KWSP Yang Ramai Tak Tahu

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.