15 Langkah Permohonan UPUOnline Yang Calon Perlu Tahu. Jangan Sampai Tersilap Langkah

Permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi melalui UPUOnline bagi sesi akademik 2021/2022 kini dibuka buat lepasan SPM dan STPM/Setaraf.

Bagi yang pertama kali membuat permohonan UPU, pastikan anda buat permohonan mengikut langkah yang betul bagi memastikan tiada sebarang kesilapan berlaku semasa memohon. Sedikit kesilapan mungkin boleh menyebabkan permohonan anda dibatalkan!

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui langkah demi langkah membuat permohonan UPUOnline.

Baca juga: Permohonan UPU Online 2021/2022 Universiti Awam Politeknik ILKA Kolej Komuniti Di Buka

15 LANGKAH PERMOHONAN UPUOLINE

Langkah 1 – Pembelian Nombor Pin

Sebelum membuat permohonan, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah membuat pembelian nombor pin atau dipanggil Unik ID UPUOnline mengikut kategori yang betul. Pembelian boleh dilakukan di cawangan BSN atau secara online. Bagi permohonan UPU sesi akademik 2021/2022, anda boleh beli nombor pin pada tarikh berikut:

Langkah 2 – Layari Portal Rasmi

Dah miliki nombor pin, anda boleh mula buat pendaftaran akaun terlebih dahulu di Portal Rasmi UPUOnline (www.upu.mohe.gov.my). Dah daftar, log masuk ke Sistem Permohonan Kemasukan pelajar.

Langkah 3 – Pastikan Kategori

Sebelum mohon, kenal pasti kategori anda sama ada:

  • Lepasan SPM; ATAU
  • Lepasan STPM / Setaraf

Langkah 4 – Semak Syarat Kelayakan

Semak syarat kelayakan anda untuk permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian melalui UPUOnline.

  • Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf
    – Pemohon mempunyai kelayakan STPM/ Matrikulasi/ STAM/ Diploma/ Setaraf
  • Program Pengajian Lepasan SPM
    – Pemohon mempunyai kelayakan SPM

Baca: UPU: Dasar & Kriteria Pemilihan Lepasan SPM Kemasukan Ke IPT Tahun 2021

Langkah 5 – Kira Merit

Calon lepasan SPM dan STPM/Setaraf perlu membuat kiraan markah merit menerusi konsep meritokrasi iaitu:

  • 90% markah akademik; dan
  • 10% markah kokurikulum

Pengiraan markah merit boleh dilakukan menggunakan KALKULATOR PENGIRAAN MARKAH MERIT

Langkah 6 – Semak Tren Permohonan

Bagi meningkatkan peluang calon mendapat tawaran program pengajian yang dipohon, anda dinasihatkan untuk membuat semakan tren permohonan dan penawarakan. Jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi di program pengajian yang popular yang pasti menjadi pilihan ramai calon.

Langkah 7 – Semak Laluan Kerjaya

Jika sudah tentukan program pengajian yang akan dimohon, pastikan anda semak laluan kerjaya bagi program pengajian yang dipilih terlebih dahulu. Jangan sampai tersalah pilih dan menyesal kemudian kerana laluan kerjaya untuk program pengajian yang dipilih terlalu ‘sempit’.

Langkah 8 – Isi Permohonan UPUOnline

Dah buat kiraan merit dan tentukan program pengajian yang akan akan dipilih, anda boleh mula membuat permohonan UPUOnline melalui Portal Rasmi UPUOnline.

Langkah 9 – Isi Maklumat Dengan Lengkap

Pastikan anda mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap. Maklumat bertanda adalah maklumat yang WAJIB diisi tanpa ketinggalan. Jika tertinggal, mungkin boleh menyebabkan permohonan anda dibatalkan. Sila semak semula semua maklumat yang diisi.

Langkah 10 – Pilih Program

Selesai lengkapkan maklumat yang diminta, pilih program pengajian mengikut turutan yang betul. Anda boleh rujuk panduan memilih program pengajian di bawah:

Langkah 11 – Lengkapkan Borang Permohonan

Lengkapkan borang permohonan mengikut langkah yang diberi sehingga selesai. Pastikan setiap maklumat telah diisi tanpa ada yang tertinggal.

Langkah 12 – Klik Butang Simpan

Untuk simpan maklumat permohonan, klik SIMPAN. Segala maklumat anda telah berjaya disimpan!

Langkah 13 – Cetak Slip Permohonan

Slip permohonan anda akan dipaparkan. Cetak slip permohonan tersebut.

Langkah 14 – Simpan Slip Permohonan

Simpan slip permohonan yang dicetak untuk rujukan akan datang dan bukti permohonan telah dibuat.

Langkah 15 – Semak & Kemaskini Permohonan

Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had. Anda boleh buat semakan dan kemaskini permohonan selagi permohonan UPU dibuka. Jangan tunggu saat akhir baru nak terpusu-pusu buat semakan semula atau kemaskini permohonan sehingga berlaku kesilapan.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membuat permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian melalui UPUOnline nanti. Ingat, setiap langkah ini adalah penting supaya permohonan anda tidak ada yang tersalah.

15 Langkah Permohonan UPUOnline Yang Calon Perlu Tahu. Jangan Sampai Tersilap Langkah

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma