Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •Ramai Ingat Cuti Biasa, Rupanya Ini Sebab Sebenar Hari Pekerja Disambut (Sejarah & Hak Yang Ramai Tak Tahu) •Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2026 – Gaji Hingga RM15,360, Mohon Sebelum 11 Mei •“Bila Boleh Mula Kerja?” – Jawapan Ini Buat Ramai Calon Terus Lulus Temuduga (Ramai Masih Salah Jawab!) • Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •Ramai Ingat Cuti Biasa, Rupanya Ini Sebab Sebenar Hari Pekerja Disambut (Sejarah & Hak Yang Ramai Tak Tahu) •Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2026 – Gaji Hingga RM15,360, Mohon Sebelum 11 Mei •“Bila Boleh Mula Kerja?” – Jawapan Ini Buat Ramai Calon Terus Lulus Temuduga (Ramai Masih Salah Jawab!) •

Tarikh Pembelian No Pin UPU BSN Kemasukan Universiti Awam 2021/2022

Oleh eduadmin • February 2, 2021 • 3 min baca

Tarikh Pembelian No Pin UPU BSN Kemasukan Universiti Awam 2021/2022
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berita baik buat pelajar lepasan SPM dan STPM atau setaraf yang ingin membuat permohonan melalui UPU Online ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA), dan Kolej Komuniti untuk sesi 2021/2022.

Calon lepasan SPM, STPM & Diploma Setaraf boleh mula mengemukakan permohonan kemasukan ke UPU sesi 2021/2022  bermula 4 Januari 2021.

Berdasarkan hebahan terkini Permohonan UPU online, telah ditetapkan bahawa calon boleh mula mengemukakan permohonan UPU Online 2021/2022 mulai 4 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2021.

Namun, untuk mengemukakan permohonan, setiap pemohon perlu membeli nombor unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum boleh mengemukakan permohonan serta mengakses sistem borang permohonan UPU online. Nombor unik ID UPU ini wajib di beli.

UPU Online merupakan sistem atas talian yang dibuat khusus untuk tujuan memudahkan urusan pelajar membuat permohonan ke Universiti Awam, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti. Antara program yang dibuka untuk permohonan termasuk dalam peringkat sijil, asasi, diploma, dan ijazah sarjana. Para pelajar digalakkan agar meneliti bidang-bidang pengajian yang bakal dipilih mengikut potensi, kemahiran, dan minat serta kelulusan pengajian sebelum ini.

Harga bagi setiap pin Unik ID UPU pada tahun ini tidak berubah iaitu masih kekal dengan harga sebanyak RM15.60 (tiada caj/cukai dikenakan ke atas permohonan UPUOnline). Pelajar digalakkan agar peka dengan tarikh-tarikh penting melibatkan permohonan UPU Online yang bakal diumumkan melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP).

TARIKH BELI PIN UNIK ID UPU UNTUK PERMOHONAN KEMASUKAN KE UA POLITEKNIK ILKA KOLEJ KOMUNITI SESI 2021-2022

Berikut merupakan maklumat tarikh untuk pembelian nombor Pin Unik ID UPU di BSN buat rujukan dan panduan pemohon. Pembelian nombor Pin Unik ID boleh didapati di kaunter BSN di seluruh negara mulai tarikh berikut:

TARIKH PEMBELIAN NO PIN UPU DI BSN
Buka Tutup
👉Februari 2021
👉Mac 2021
Pemohon dikehendaki memastikan nombor Pin UPU berharga RM15.60 yang dibeli di BSN adalah mengikut kategori masing-masing seperti berikut:
Tarikh Pembelian No Pin UPU BSN Kemasukan Universiti Awam 2021/2022
KAEDAH PEMBELIAN NOMBOR PIN UNIK ID UPU SECARA INDIVIDU
Bagi pembelian secara individu, berikut adalah beberapa kaedah untuk membuat pembelian Pin Unik ID UPU:
  • Terus ke Kaunter BSN
  • Sekiranya pemohon ataupun ibu bapa memiliki Akaun Giro BSN, pembelian boleh dibuat melalui mesin ATM.
  • Melalui Perbankan Internet (Online Banking)
PERKARA PENTING PEMBELIAN NOMBOR PIN UNIK ID UPU
Sebagai makluman, pembelian Nombor Unik ID UPU mestilah berdasarkan kepada perkara berikut sebagai rujukan:
  • Nama
  • Nombor Kad Pengenalan (IC)
Setelah selesai pembayaran untuk nombor pin Unik ID, pihak BSN akan mengeluarkan resit pembayaran berserta dengan nombor Unik ID.
INFORMASI LANJUT
Buat mereka yang masih belum jelas tentang tarikh permohonan UPU bagi permohonan UPUOnline sesi akademik 2021/2022 untuk lepasan SPM/setaraf & STPM/setaraf, permohonan akan dibuka bermula:
TARIKH PERMOHONAN UPUONLINE SESI 2021/2022
Buka Tutup
👉4 Januari 2021
👉31 Mac 2021
👉 Permohonan UPU online 2021-2022 kemasukan UA Politeknik ILKA Kolej Komuniti
Sebarang maklumat lebih lanjut berkaitan permohonan UPU 2021 boleh didapati daripada maklumat berikut:
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Putrajaya
Phone : 03-8870 8200
Fax : 03-8870 6864
E-mail : upu@mohe.gov.my
👉Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
👉FB Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)
 INFO BERKAITAN PERMOHONAN UPU
👉Permohonan UPU Online
👉Tarikh Penting Permohonan UPU Online
👉Syarat Permohonan IPG
👉Syarat Mohon UiTM
Penulis

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.