Syarat Kelayakan Mohon UiTM 2020 Lepasan SPM, STPM, Matrikulasi & Diploma

Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah sebuah universiti yang terletak di bawah tanggungan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Sama seperti universiti lain, UiTM turut menawarkan pelbagai bidang pengajian.

Sekiranya anda berminat untuk menyambung pengajian di UiTM, anda bolehlah mengemukakan permohonan. Permohonan boleh dibuat melalui Sistem UPU Online sahaja. Sebelum itu, nombor pin UPU perlulah dibeli di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai password untuk anda akses sistem UPU.

Baca: Senarai Kursus di UiTM Seluruh Negeri

Namun, sebelum anda memohon, anda perlulah mengetahui syarat-syarat kelayakan terlebih dahulu. Kesemua syarat-syarat ini perlu dipenuhi untuk anda mengemukakan permohonan. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan Syarat-syarat Kelayakan Memohon UiTM sebagai panduan buat anda.

PERMOHONAN UITM 2020

Untuk makluman semua yang berminat untuk membuat permohonan, permohonan kemasukan sesi Akademik 1 2020/2021 ke UITM dibuka sehingga 7 April 2020.

Calon yang berminat perlu mengisi borang permohonan dan semak syarat kelayakan secara atas talian.

Syarat Kelayakan Mohon UiTM 2020 Lepasan SPM, STPM, Matrikulasi & Diploma

CARA-CARA MENYEMAK KELAYAKAN PERMOHONAN UiTM

Pihak UiTM telah menyediakan akses untuk anda menyemak syarat-syarat permohonan UiTM melalui laman UiTM Online. Jadi, buat anda yang berhasrat ingin memohon pengajian di UiTM perlulah menyemak syarat-syarat kelayakan di laman UiTM Online.

Berikut kami sediakan link untuk anda terus ke laman UiTM Online.

SYARAT-SYARAT UMUM KEMASUKAN KE UiTM

Berikut adalah merupakan syarat-syarat utama yang wajib anda penuhi sebelum mengemukakan permohonan pengajian di UiTM. Sekiranya salah satu daripada syarat ini tidak dipenuhi, anda tidak akan layak untuk memohon. 

  • Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan.   
  • Warganegara Malaysia dan takrifan Melayu/ Anak Negeri Sabah/ Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia.     
  • Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program yang dipohon.       
  • Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya.    
  • Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN UiTM BAGI LEPASAN SPM, STPM, MATRIKULASI DAN DIPLOMA

Berikut pula adalah syarat-syarat am kemasukan ke UiTM yang wajib dipenuhi bagi calon-calon lepasan SPM, STPM, Matrikulasi dan juga Diploma.

1. Calon Lepasan SPM/Setaraf

Calon-calon lepasan SPM perlulah memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan ini. Antara syaratnya adalah seperti berikut:

  • Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian. 
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia

2. Calon Lepasan STPM/Setaraf

Berikut pula adalah syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh calon-calon lepasan STPM/Setaraf untuk masuk ke UiTM.

  • Lulus SPM / setaraf dengan baik.    
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf.    
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.   
  • Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

3. Calon Lepasan Matrikulasi

Antara syarat-syarat kelayakan yang wajib dipenuhi oleh calon lepasan Matrikulasi adalah seperti berikut:

  • Lulus SPM / setaraf dengan baik.    
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf.   
  • Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang KPT dengan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00.     
  • Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

4. Calon Lepasan Diploma

Calon-calon lepasan Diploma pula perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan ini. Antara syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:

  • Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian.   
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf.   
  • Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan setaraf dan diluluskan oleh Senat Universiti.   
  • Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN DENGAN UiTM

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan UiTM, anda boleh hubungi:

1.) Alamat

Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Bangunan Inovasi
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

2.) Unit Diploma 

  • No Tel: 03-5544 3194/ 3196/ 3162/ 8067

3.) Unit Sarjana Muda

  • No. Tel : 03-5544 3195/ 3198/ 3277/ 2798

4.) Unit Profesional

  • No. Tel : 03-5544 3168/ 3167

Kami mendoakan semoga permohonan anda untuk menyambung pengajian di UiTM berjaya.

Untuk pelajar yang tidak cukup syarat dan kurang berkemampuan pula boleh cuba untuk mohon Program Pra Pengajian Tinggi (PPT) UITM. Terima Elaun Sara Diri RM860 Hingga RM1700 Sepanjang Pengajian.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma