PROTÉGÉ Atau MySTEP? Ini Beza Yang Graduan Perlu Tahu Sebelum Mohon •Pindah Rumah Lebih 90 Hari? Ini Cara Tukar Alamat MyKad Yang Ramai Masih Keliru •Bermula Jun Ini, MyKad & Pasport Malaysia Akan Jadi Lebih Canggih •Nak Masuk Universiti Global, International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP)? Ini Laluan Yang Ramai Pelajar Cemerlang Pilih •Masuk Universiti Bukan Macam Sekolah Lagi. Ini Realiti Yang Pelajar Baru Wajib Tahu • PROTÉGÉ Atau MySTEP? Ini Beza Yang Graduan Perlu Tahu Sebelum Mohon •Pindah Rumah Lebih 90 Hari? Ini Cara Tukar Alamat MyKad Yang Ramai Masih Keliru •Bermula Jun Ini, MyKad & Pasport Malaysia Akan Jadi Lebih Canggih •Nak Masuk Universiti Global, International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP)? Ini Laluan Yang Ramai Pelajar Cemerlang Pilih •Masuk Universiti Bukan Macam Sekolah Lagi. Ini Realiti Yang Pelajar Baru Wajib Tahu •

Permohonan UPU Online 2023/2024 Universiti Awam, Politeknik, ILKA & Kolej Komuniti Buat Lepasan SPM, STPM/Setaraf

Oleh eduadmin • February 6, 2023 • 3 min baca

Permohonan UPU Online 2023/2024 Universiti Awam, Politeknik, ILKA & Kolej Komuniti Buat Lepasan SPM, STPM/Setaraf
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Permohonan UPU Online bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Kolej Komuniti sesi akademik 2023/2024 bagi lepasan SPM dan STPM/setaraf boleh mula dilakukan pada 7 Februari 2023.

Calon-calon yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Kolej Komuniti disarankan agar menyenaraikan terlebih dahulu bidang-bidang pengajian yang ditawarkan mengikut keutamaan, minat dan potensi berdasarkan kelulusan akademik dan pengajian calon.

Setelah itu, anda boleh mula kemukakan permohonan UPU online 2023/2024 pada tarikh dan waktu yang ditetapkan.

Panduan ini khas untuk calon lepasan SPM, STPM, STAM & Diploma Setaraf sebagai rujukan permohonan UPU Online 2023/2024.

PENGECUALIAN BAYARAN PROSES UPUONLINE/ UNIK ID

Mengambil kira keadaan semasa pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/ Unik ID kepada SEMUA PEMOHON sesi akademik 2023/2024.

Ini bermakna, calon yang hendak buat permohonan boleh buat permohonan terus di portal rasmi UPU tanpa membuat pembelian nombor pin.

PROGRAM PENGAJIAN ASASI/DIPLOMA/SIJIL : PEMOHON LEPASAN/LULUSAN SPM (SETARAF)

Pemohon yang berkelayakan SPM (setaraf) dan STPM/ Setaraf berpeluang untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke:

  • Universiti Awam (UA),
  • Politeknik,
  • Kolej Komuniti dan
  • Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

berdasarkan kelayakan dan minat pemohon bagi peringkat pengajian Asasi/ Diploma/ Sijil/ Ijazah Sarjana Muda

PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA : PEMOHON LEPASAN/LULUSAN STPM (SETARAF)

Manakala, kesemua permohonan yang berkelayakan STPM, STAM, Matrikulasi / Asasi dan Diploma/Setaraf berpeluang untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke

  • Universiti Awam (UA)

berdasarkan kelayakan dan minat bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda sesi akademik 2023/2024.

TARIKH PERMOHONAN UPU ONLINE 2023/2024 DIBUKA

Telah ditetapkan bahawa calon boleh mula mengemukakan permohonan UPU Online 2023/2024 pada:

  • Permohonan Fasa Pertama: 7 Februari 2023 hingga 28 Mac 2023
  • Permohonan Fasa Kedua: 15 Mei 2023 hingga 12 Jun 2023

Baca juga: Tarikh-tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2022/2023

Keperluan Permohonan UPU Sesi 2023/ 2024

Untuk makluman anda, permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2023/2024 bagi program yang mempunyai saringan temuduga dan ujian sahaja akan menggunakan maklumat seperti berikut:

AKAN DIKEMASKINI

SISTEM APLIKASI BORANG PERMOHONAN UPU ONLINE

Permohonan perlulah melalui aplikasi atas talian/online yang disediakan yang boleh diakses melalui Sistem Aplikasi Permohonan UPU online di bawah menggunakan no unik ID untuk mengakses atau Log Masuk sistem aplikasi borang permohonan UPU. Sila klik:

Perhatian: Sistem aplikasi permohonan UPU online hanya akan diaktifkan pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu mulai 7 Februari 2023. Bagi permohonan kali pertama/baru perlu mendaftar sebagai pengguna sistem UPUOnline terlebih dahulu sebelum boleh membuat permohonan.
Sebelum membuat permohonan UPU 2023/2024, pastikan anda semak dasar dan kriteria pemilihan Lepasan SPM.

MAKLUMAT LANJUT, PANDUAN & PERTANYAAN

Untuk mengikuti maklumat terkini atau pertanyaan, pemohon dinasihatkan untuk layari laman Facebook rasmi dan portal rasmi UPU melalui pautan yang disediakan di bawah.

Facebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)

Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar

Penulis

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.