Pendaftaran TABIKA & TASKA KEMAS 2027 Dibuka: Tarikh, Umur & Cara Mohon Online •Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu • Pendaftaran TABIKA & TASKA KEMAS 2027 Dibuka: Tarikh, Umur & Cara Mohon Online •Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •

UPU: Dasar & Kriteria Pemilihan Lepasan SPM Kemasukan Ke IPT Tahun 2021

Oleh Cikgu Shaari • December 29, 2020 • 2 min baca

UPU: Dasar & Kriteria Pemilihan Lepasan SPM Kemasukan Ke IPT Tahun 2021
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Keputusan mesyuarat antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Kementerian Pengajian Tinggi telah bersetuju bahawa permohonan UPU bagi kemasukan Sesi Akademik 2021/2022 bagi murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020 dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020 akan dibuka pada bulan Januari 2021.

Permohonan UPU untuk sesi 2021/2022 agak berbeza daripada permohonan yang lepas dari segi keperluan dan proses kemasukan. Baca keperluan untuk pengisian UPU sesi 2021/2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui dasar dan kriteria pemilihan lepasan SPM bagi kemasukan ke IPT melalui permohonan UPU.

DASAR & KRITERIA PEMILIHAN LEPASAN SPM

Antara dasar dan kriteria yang diambil kira bagi pemilihan lepasan SPM untuk kemasukan ke IPT melalui UPU adalah:

  • Pencapaian akademik dalam peperiksaan
  • Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum
  • Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon
  • Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh Universiti Awam, IPG, KM, Politeknik, KK dan ILKA
  • Lulus temu duga/ ujian bagi program bertemu duga dan ujian
  • Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan
  • Bilangan tempat yang disediakan oleh UA, IPG, KM, Politeknik, KK dan ILKA
Nota: Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip Meritokras dengan mengguna pakai:
= 90% markah akademik &
= 10% markah kokurikulum.

 SYARAT AM LEPASAN SPM

Lepasan SPM dan setaraf adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada syarat am yang disertakan sebelum membeli Pin unik ID UPU di BSN dan membuat permohonan.

UPU: Dasar & Kriteria Pemilihan Lepasan SPM Kemasukan Ke IPT Tahun 2021

Baca: Punca Ramai Calon Gagal Permohonan UPU, Jangan Buat 5 Perkara Ini!

Dengan syarat am kelayakan kemasukan ke IPT seperti yang dinyatakan ini, pasti ramai calon lepasan SPM dan setaraf layak untuk membuat permohonan melalui UPU. Walaubagaimanapun, tarikh permohonan UPU masih belum diumumkan.

Calon diminta untuk bersedia dengan membuat persiapan pemilihan program pengajian yang akan dipilih nanti. Sebarang makluman terkini berkenaan permohonan UPU sesi 2021/2022 akan dikemaskini.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.