Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya • Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •

WhatsApp Hanya Menyokong Telefon Pintar Tertentu Mulai Januari 2021. Semak Di Sini

Oleh Cikgu Shaari • December 29, 2020 • 2 min baca

WhatsApp Hanya Menyokong Telefon Pintar Tertentu Mulai Januari 2021. Semak Di Sini
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Anda salah seorang pengguna aplikasi WhatsApp? Memang tidak dinafikan penggunaan aplikasi WhatsApp sebagai fungsi untuk berhubung dengan individu lain kini semakin meluas dan boleh dikatakan hampir semua pemilik telefon pintar akan memiliki aplikasi WhatsApp.

Untuk makluman anda, Mirror.co.uk melaporkan perkhidmatan popular tersebut akan berhenti berfungsi pada telefon model tertentu melainkan mereka menaik taraf sistem operasi terbaru telefon mereka.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jenis telefon pintar dan sistem operasi yang disokong untuk penggunaan WhatsApp.

SISTEM OPERASI YANG DISOKONG

Mulai Januari 2021, aplikasi WhatsApp akan berhenti berfungsi pada telefon pintar yang tidak menggunakan sekurang-kurangnya sistem versi yang disokong berikut:

  • Apple iOS9
  • Android 4.0.3
  • KaiOS 2.5.1

Bagi sistem operasi KaiOS, ianya termasuk kepada pengguna peranti JioPhone dan JioPhone 2.

Bagi pengguna iPhone,

  • Semua model iPhone hingga iPhone 4 akan kehilangan sokongan untuk WhatsApp.
  • Ini bermakna mereka yang menggunakan iPhone 4S, iPhone 5S, iPhone 6 dan iPhone 6S perlu mengemas kini sistem operasi mereka ke iOS 9 atau lebih baharu untuk terus menggunakan WhatsApp.

Bagi pengguna Android, 

  • WhatsApp akan berhenti berfungsi pada telefon pintar yang berjalan pada versi Android sebelum 4.0.3
  • Antara model telefon yang tidak lagi dapat menyokong WhatsApp adalah HTC Desire, LG Optimus Black, Motorola Droid Razr, dan Samsung Galaxy S2

SEMAK SISTEM OPERASI TELEFON

Bagi pengguna telefon pintar yang agak lama, anda dinasihatkan untuk buat semakan sistem operasi versi telefon anda sekarang untuk terus menggunakan perkhidmatan WhatsApp.

Android

Pengguna Android boleh menyemak sistem operasi telefon seperti berikut:

  1. Buka tetapan (setting)
  2. Pilih tentang telefon (about phone)

Jika versi telefon anda kurang daripada Android 4.0.3, anda diminta untuk update sistem operasi anda untuk teruskan penggunaan WhatsApp.

iPhone

Pengguna iPhone boleh semak sistem operasi dengan cara berikut:

  1. Buka tetapan (Setting)
  2. Pilih umum (Genaral)
  3. Pilih maklumat (About)

Sistem operasi akan dipaparkan di Software Version. Jika kurang daripada iOS 9, anda diminta untuk update bagi meneruskan penggunaan aplikasi WhatsApp.

WhatsApp Hanya Menyokong Telefon Pintar Tertentu Mulai Januari 2021. Semak Di Sini

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.