Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar • Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar •

Elaun Pekerja OKU RM450 Sebulan Beri Manfaat Kepada OKU Yang Bekerja

Oleh Cikgu Shaari • September 26, 2022 • 2 min baca

Elaun Pekerja OKU RM450 Sebulan Beri Manfaat Kepada OKU Yang Bekerja
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan telah mengambil maklum bahawa golongan OKU yang bekerja turut terjejas dalam tempoh yang sukar ini. Sehubungan itu, Kerajaan bersetuju untuk meningkatkan had kelayakan gaji maksimum bagi bantuan Elaun Pekerja Cacat yang sebelum ini pada kadar RM1,200 sebulan.

Bagi tujuan kenaikan Elaun Pekerja Cacat ini, sebanyak 26 juta ringgit akan disediakan di mana ia akan memanfaatkan seramai hampir 5,000 OKU.

Bukan itu sahaja, dalam memperkasakan golongan OKU, kerajaan juga meluluskan peruntukan bagi menyediakan pelbagai inisiatif lain juga.

KADAR ELAUN PEKERJA OKU

Elaun Pekerja OKU akan memberi manfaat kepada OKU yang bekerja seperti berikut:

  • RM450 sebulan

Elaun Pekerja Cacat RM1,500 Sebulan Beri Manfaat Kepada OKU Yang Bekerja

INISIATIF GOLONGAN OKU

Selain kenaikan had Elaun Pekerja OKU, golongan OKU juga akan menerima manfaat dari inisiatif lain seperti:

  • Membantu program keusahawanan termasuk memasarkan produk bakeri dan hasil tangan oleh OKU dan warga emas
  • Kerajaan bersetuju menambah 20 juta ringgit untuk memperkukuhkan program di bawah institusi seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  • Golongan OKU akan berpeluang untuk mendaftar dan memperbaharui perniagaan mereka dengan SSM secara percuma sebagai galakan menceburi bidang perniagaan
    DAFTAR SSM PERCUMA
  • BSN telah menyediakan sebanyak 25 juta ringgit di bawah Skim Mikrokredit ISTIMEWA bagi golongan OKU menceburi bidang perniagaan dengan had pembiayaan sehingga 50 ribu ringgit dan kadar faedah serendah 3%

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran Elaun Pekerja OKU adalah dibuka kepada golongan yang berkelayakan seperti berikut:

  • Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang kad OKU JKM;
  • Pendapatan bulanan RM 1,500.00 dan ke bawah;

PENDAFTARAN OKU JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Individu OKU yang masih belum daftar JKM boleh daftar sekarang untuk mendapatkan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU dan membolehkan OKU yang berdaftar menerima manfaat dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan.

Pendaftaran OKU di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh dibuat dengan mudah melalui pautan berikut:

DAFTAR OKU JKM

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.