Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Permohonan Pendaftaran OKU Di JKM & Senarai Kemudahan Diterima

Oleh Cikgu Shaari • January 29, 2021 • 3 min baca

Permohonan Pendaftaran OKU Di JKM & Senarai Kemudahan Diterima
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat

Individu OKU boleh membuat pendaftaran di Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU dan membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap kefungsian/ketidakupayaan mereka.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara membuat pendaftaran OKU dengan JKM dan keistimewaan yang diterima.

JENIS PENDAFTARAN OKU

Pendaftaran Baharu

Pendaftaran baharu adalah permohonan pendaftaran OKU dibuat kali pertama.  Permohonan pendaftaran memerlukan dokumen seperti berikut:

  • Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya Pindaan 2019 (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC)  sahaja atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR) sahaja samada dari hospital/klinik kerajaan atau hospital/ klinik swasta;
  • Satu (1) salinan sijil kelahiran/ MyKid/ MyKad;
  • Satu (1) keping gambar berukuran pasport bagi pemegang Sijil Kelahiran/ MyKid.
  • Laporan perubatan yang berasingan (jika berkenaan)

Pendaftaran Semula

Pendaftaran semula adalah pendaftaran yang dibuat semula bagi pemegang Kad OKU lama yang berdaftar sebelum tahun 2011. Pemohon perlu melengkapkan BPPOKU Pindaan 2019. Pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan adalah diperlukan bagi kes-kes seperti berikut sahaja:

  • Semua kategori OKU yang tidak dinyatakan sub kategori di mana-mana laporan bertulis.  Maklumat diperlukan bagi tujuan mengemaskini sub kategori dalam Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU);
  • OKU fizikal yang mempunyai ketidakupayaan yang tidak jelas

7 KATEGORI OKU

Terdapat 7 kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi pendaftaran OKU oleh JKM seperti berikut:

  • Kurang Upaya Pendengaran
  • Kurang Upaya Penglihatan
  • Kurang Upaya Pertuturan
  • Kurang Upaya Fizikal
  • Kurang Upaya Pembelajaran
  • Kurang Upaya Mental
  • Kurang Upaya Pelbagai

Untuk maklumat terperinci jenis kurang upaya yang layak, rujuk DI SINI.

CARA MOHON/ DAFTAR OKU

Permohonan pendaftaran OKU dengan JKM boleh dibuat bila-bila masa sahaja melalui Borang Permohonan Pendaftaran OKU Pindaan 2019 yang disediakan di bawah:

BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN OKU JKM

Borang yang telah lengkap diisi perlu dicetak dan dapatkan pengesahan Pakar Perubatan/ Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan.

Nota: Pemohon yang mengalami ketidakupayaan jelas boleh disahkan oleh pegawai JKM. Pemohon hanya perlu mengemukakan dua keping gambar yang jelas menunjukkan ketidakupayaan tersebut.
Borang permohonan yang telah lengkap bersama dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan dan dimasukkan ke dalam ‘drop box’ yang disediakan (semasa PKP) atau hantar terus ke kaunter pendaftaran.
Permohonan Pendaftaran OKU Di JKM & Senarai Kemudahan Diterima
Baca juga: Mohon Bantuan Warga Emas JKM, Terima RM500 Setiap Bulan

KEMUDAHAN DAN KEISTIMEWAAN OKU BERDAFTAR

Semak kemudahan dan keistimewaan OKU berdaftar di bawah:

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.