Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP): Cara Daftar SSM Percuma Buat Belia & Ibu Tunggal

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memperkenalkan inisiatif terbaharu Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) kini telah berkuatkuasa.

Skim yang dilancarkan ini khusus untuk memberi peluang kepada belia dan ibu tunggal berpendapatan B40, serta pelajar mendaftarkan perniagaan mereka secara percuma. SSM menjangkakan skim ini akan memanfaatkan seramai 7 juta golongan belia dan 150,000 ibu tunggal dari golongan B40 untuk menceburi bidang perniagaan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak kriteria kelayakan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma SPPP dan cara membuat permohonan SPP.

OBJEKTIF SPPP

Objektif kerajaan melaksanakan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) ini adalah bagi:

  • Manfaatkan seramai 7 juta golongan belia dan 150,000 ibu tunggal dari golongan B40 untuk menceburi bidang perniagaan.
  • Membantu golongan ini menceburi bidang perniagaan bagi menjana pendapatan tambahan yang dapat menampung kehidupan harian
  • Merancakkan lagi pertumbuhan sektor perniagaan dan ekonomi negara

KATEGORI YANG LAYAK

Perincian kategori yang layak untuk memohon SPPP adalah seperti berikut:

1) Kategori Belia Golongan B40

  • Berumur 18 hingga 30 tahun;
  • Mengikut umur maksima berdasarkan definasi Dasar Belia Malaysia;
  • Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi golongan B40. (Semakan boleh dibuat di https://bpn.hasil.gov.my/); dan
  • Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

2) Kategori Ibu Tunggal Golongan B40

  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Mengikut syarat seperti yang didefinisikan sebagai ibu tunggal oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM);
  • Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi golongan B40. (Semakan boleh dibuat di https://bpn.hasil.gov.my/); dan
  • Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM

3) Kategori Pelajar

  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara; dan
  • Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM. SPPP akan memanfaatkan geran sebanyak RM10 juta yang turut diperuntukkan kepada Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan. Sehingga kini sebanyak RM3.93 juta daripada geran tersebut telah digunakan dan baki sebanyak RM6.07 juta boleh dimanfaatkan oleh golongan-golongan ini sehingga tahun 2026.

Baca: Skim Pelajar Perniagaan: Cara Daftar SSM Percuma Buat Pelajar

CARA MOHON SPPP

Permohonan pendaftaran perniagaan percuma melalui program SPPP bagi golongan yang layak boleh dibuat dengan langkah berikut:

  1. Pergi ke pautan ezbiz.ssm.com.my
  2. Bagi yang belum ada akaun, klik Sign Up untuk daftar.
  3. Setelah daftar Log In seperti biasa
    SSM menjangkakan skim ini akan memanfaatkan seramai 7 juta golongan belia dan 150,000 ibu tunggal dari golongan B40 untuk menceburi bidang perniagaan.
  4. Teruskan permohonan SPPP di laman tersebut sehingga selesai

Golongan yang layak diseru untuk memanfaatkan SPPP dengan mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui Portal EzBiz Online.

Untuk maklumat lanjut mengenai SPPP, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau emel kepada enquiry@ssm.com.my.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma