Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Permohonan Zakat UiTM Untuk Pelajar Ijazah & Diploma Kini Di Buka

Oleh Cikgu Shaari • September 26, 2022 • 2 min baca

Permohonan Zakat UiTM Untuk Pelajar Ijazah & Diploma Kini Di Buka
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Dimaklumkan bahawa Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) telah membuka permohonan bantuan zakat pelajar secara atas talian bagi sesi 1 2022/2023. Berita baik untuk semua pelajar UiTM di seluruh Malaysia, Permohonan Zakat UiTM untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda & Diploma kini dibuka permohonan. Bantuan Zakat UiTM ini akan disalurkan oleh Unit Zakat kepada semua pelajar UiTM yang layak.

Kepada pelajar UiTM yang layak dan berhak memohon bolehlah mengemukakan permohonan dengan kadar segera. Calon akan dipanggil temuduga dalam tempoh ditetapkan.

Semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan lanjut di perkongsian bawah.

OBJEKTIF PEMBERIAN ZAKAT

Objektif pemberian zakat kepada pelajar yang layak adalah bagi:

  • Meningkatkan komitmen warga Muslim UiTM untuk membayar zakat.
  • Membantu agihan harta zakat dengan lebih efisien.
  • Menyediakan dana bantuan pendidikan kepada para pelajar UiTM.
  • Menyediakan bantuan kecemasan kepada warga UiTM yang ditimpa bencana

TARIKH PERMOHONAN & TEMUDUGA

Permohonan bantuan zakat boleh dibuat dalam tempoh permohonan berikut:

  • 26 September 2022 hingga 31 Oktober 2022

Temuduga akan dijalankan sepanjang tempoh berikut:

  • 17 Oktober 2022 hingga 16 Disember 2022

SYARAT PERMOHONAN

Pelajar mestilah memenuhi syarat permohonan berikut:

  • Pemohon mestilah beragama Islam
  • Pemohon juga mestilah merupakan pelajar sepenuh masa Universiti ini
  • Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak Universiti
  • Tidak mendapat sebarang tajaan kewangan daripada mana-mana institusi

CARA MOHON

Permohonan bantuan zakat boleh dibuat dalam tempoh permohonan dibuka melalui:

  • aplikasi Portal Pelajar UiTM.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan permohonan bantuan zakat UiTM, anda boleh hubungi talian WhatsApp dengan imbas di gambar berikut:

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.