Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya • Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •

Cara Jadi Jururawat Melalui Program Latihan Separa Perubatan Untuk Lepasan SPM

Oleh Cikgu Shaari • February 25, 2021 • 2 min baca

Cara Jadi Jururawat Melalui Program Latihan Separa Perubatan Untuk Lepasan SPM
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berminat nak jadi jururawat, tetapi tiada pengkhususan dalam bidang perubatan dan merupakan lepasan SPM? Umumnya nak jadi jururawat mestilah perlu kelayakan dalam jururawat dengan mengambil kursus kejururawatan tertentu. Buat lepasan SPM yang tiada kelayakan tak perlu risau ada satu cabang sesuai untuk anda!

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menawarkan pelbagai jawatan sesuai untuk lepasan SPM. Bagi yang nak jadi jururawat, anda boleh mohon Program Latihan Separa Perubatan melalui SPA untuk sertai kursus kejururawatan yang disediakan oleh kerajaan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan Program Latihan Separa Perubatan.

SESI PENGAMBILAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Pihak SPA akan membuka sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan 2 kali setahun iaitu bagi sesi kemasukan:

  • Januari
  • Julai

Tertakluk kepada sebarang perubahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

TEMPOH LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Tempoh Latihan Separa Perubatan yang perlu dilalui sebelum bekerja adalah:

  • Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil – 2 tahun
  • Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma – 3 tahun

JENIS LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Berikut merupakan senarai 2 Jenis Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil yang ditawarkan:

  • Latihan pembantu Kesihatan Awam
  • Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Berikut merupakan senarai 10 Jenis Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma yang ditawarkan:

  • Latihan Jururawat
  • Latihan Penolong Pegawai Perubatan
  • Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Latihan Juru X-Ray
  • Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
  • Latihan Jurupulis Perubatan Cara Kerja
  • Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  • Latihan Penolong pegawai Farmasi
  • Latihan Juruteknologi Pergigian
  • Latihan Juruterapi Pergigian

CARA MOHON PROGRAM LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Calon-calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau SPM (V) boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).

Semak: Syarat-syarat Kelayakan Permohonan Latihan Separa Perubatan

Graduan Latihan Separa Perubatan berpeluang ditawarkan pelantikan tetap atau kontrak ke skim perkhidmatan yang berkaitan dalam perkhidmatan awam tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa.

Permohonan boleh dibuat melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9). Bagi yang belum pernah daftar SPA9 boleh daftar di sini:

Untuk maklumat lanjut berkenaan Program Latihan Separa Perubatan boleh dirujuk di laman SPA.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.