Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar • Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar •

Dah Ada Akaun SPA8i, Ini Cara Daftar SPA9 & Dapatkan ID Baru Untuk Log Masuk

Oleh Cikgu Shaari • September 28, 2020 • 2 min baca

Dah Ada Akaun SPA8i, Ini Cara Daftar SPA9 & Dapatkan ID Baru Untuk Log Masuk
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Setelah sistem permohonan kerja dalam Perkhidmatan Awam dinaik taraf ke sistem baharu, kini anda sudah boleh menggunakan sistem SPA9 untuk pendaftaran pekerjaan. Sekiranya anda masih belum pernah mendaftar SPA8i atau akaun telah tamat tempoh anda perlu buat PENDAFTARAN BARU.

Pemohon yang sudah mempunyai akaun SPA8i yang masih aktif juga perlu membuat pendaftaran untuk dapatkan ID baharu.

Jika pemohon tidak dapatkan ID baharu, anda akan mengalami masalah untuk log masuk ke SPA9. Jadi, ikuti perkongsian di bawah untuk panduan daftar SPA9 bagi yang sudah ada akaun dan ingin dapatkan ID baru.

CARA DAFTAR SPA9

Berikut adalah panduan untuk anda login ke SPA9 bagi yang sudah mempunyai akaun SPA8i:

  1. Klik pautan spa.gov.my
  2. Klik Pendaftaran Pengguna
    Dah Ada Akaun SPA8i, Ini Cara Daftar SPA9 Untuk Dapatkan ID Baru
  3. Lengkapkan maklumat permohonan anda
    Dah Ada Akaun SPA8i, Ini Cara Daftar SPA9 Untuk Dapatkan ID Baru
  4. Tanda pada kotak Persetujuan dak klik Daftar
  5. Klik Log Masuk
    Dah Ada Akaun SPA8i, Ini Cara Daftar SPA9 Untuk Dapatkan ID Baru
  6. Masukkan No. Kad pengenalan dan Kata laluan baru anda dan klik Log Masuk
    Daftar SPA9: Cara Login & Kemaskini Permohonan Kerja Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Siap! Anda kini boleh kemaskini maklumat dan maklumat permohonan jawatan seperti biasa.

Dah Ada Akaun SPA8i, Ini Cara Daftar SPA9 Untuk Dapatkan ID Baru

Sekiranya anda tidak membuat pendaftaran seperti di atas, anda mungkin akan mengalami masalah log masuk. Tujuan pendaftaran semula ini dilakukan adalah untuk kemaskini kata laluan anda.

Maklumat permohonan jawatan yang lepas dari SPA8i masih kekal dan wujud, pemohon hanya perlu kemaskini maklumat seperti yang diminta sahaja.

Dah Ada Akaun SPA8i, Ini Cara Daftar SPA9 Untuk Dapatkan ID Baru

MAKLUMAT PENDAFTARAN PEKERJAAN SPA9

Berikut adalah maklumat pendaftaran pekerjaan dalam SPA9 yang anda perlu tahu:

  • Pemohon hanya dibenarkan mendaftarkan maksimum sehingga 15 jawatan sahaja (termasuk latihan separa perubatan);
  • Tempoh sah laku pendaftaran pemohon adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh pendaftaran;
  • Pendaftaran pekerjaan adalah tertakluk kepada Dasar One Step Lower, iaitu:
    a. Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.
    b. Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik sahaja.
    c. Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik, SPM/SVM dan Latihan Separa Perubatan.

Pemohon dinasihatkan untuk elakkan kesilapan yang boleh menyebabkan calon gagal mendapat tawaran SPA semasa membuat pendaftaran pekerjaan di SPA9. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan sistem SPA9, anda boleh ajukan terus ke laman Sistem ePertanyaan SPA.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.