Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Insentif Penjana TVET JTM: Permohonan Program Reskilling & Upskilling ILP Melaka 2021

Oleh Cikgu Shaari • February 25, 2021 • 2 min baca

Insentif Penjana TVET JTM: Permohonan Program Reskilling & Upskilling ILP Melaka 2021
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang berminat untuk menyertai Program PENJANA (Reskilling & Upskilling) boleh mohon kemasukan yang kini dibuka. Program ini merupakan satu inisiatif yang disediakan bagi memberi peluang latihan dan pekerjaan bagi rakyat Malaysia terutama lepasan SPM, graduan dan pekerja yang diberhentikan kerja.

Setelah tamat latihan, peserta akan mendapat ilmu kemahiran dalam kursus yang ditawarkan dan boleh memasuki pasaran kerja dengan mudah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut penyertaan Program PENJANA JTM yang ditawarkan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama program: Program PENJANA (Reskilling & Upskilling) JTM
  • Tempat: Institut Latihan Perindustrian Bukit Katil, Melaka
  • Yuran: Dibiayai PENJANA TVET JTM

SENARAI KURSUS DITAWARAKAN

Antara kursus yang ditawarkan adalah:

  • Welding – GMA/MIG (Dibiayai – Insentif PENJANA TVET JTM)
  • Mekanik Penyelenggaraan Penghawa Dingin (Domestik) – Air Conditioning System Trouble Shoot And Repair (Dibiayai – Insentif PENJANA TVET JTM)
Nota: Yuran kursus peserta adalah melalui insentif PENJANA TVET JTM. Insentif PENJANA hanya layak diterima sekali sahaja bagi setiap individu.

SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah syarat permohonan yang perlu dipenuhi untuk pemohon yang berminat:

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Warganegara Malaysia
  • Kategori pemohon: Orang awam, pekerja industri, lepasan sekolah/institusi pengajian tinggi, pencari kerja

CARA MEMOHON

Orang ramai yang berminat untuk mohon dan memenuhi syarat kelayakan boleh buat permohonan melalui borang secara online yang disediakan di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan anda boleh hubungi:

  • Ketua Jabatan Mekanikal & Pengeluaran
    Institut Latihan Perindustrian
    Bukit Katil, Lot 4345, Jalan Tun Telani,
    Mukim Bukit Katil, Hang Tuah Jaya,
    75450 Bukit Katil,
    Melaka
  • Tel: 06 – 232 0600
  • WhatsApp: 013 288 8771
Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.