Rayuan BPR 2021: Dokumen Yang Diperlukan Untuk Buat Rayuan Mengikut Jenis Alasan

Pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tahun 2021 yang TIDAK LULUS permohonan atas pelbagai alasan kini boleh buat permohonan rayuan mulai 15 Jun hingga 30 Jun 2021. Permohonan rayuan mestilah disertakan bersama dokumen sokongan sebagai bukti kelayakan penerimaan bantuan.

Setiap permohonan yang TIDAK LULUS akan disertakan bersama satu alasan dan kod. Pemohon perlu muat naik dokumen untuk rayuan sesuai dengan alasan tidak lulus tersebut. Pemohon mestilah buat semakan secara online untuk ketahui kod tidak lulus masing-masing.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui dokumen sokongan yang diperlukan untuk buat rayuan BPR 2021.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BPR 2021

Pemohon BPR 2021 boleh buat semakan status permohonan BPR 2021 untuk tahu kelulusan di pautan berikut:

INFO PENTING DOKUMEN RAYUAN

Berikut adalah beberapa info penting yang perlu anda tahu sebelum muat naik dokumen sokongan untuk permohonan rayuan BPR:

  • Pastikan Dokumen yang dimuat naik tidak mempunyai kata laluan
  • Sila pastikan saiz dokumen yang dimuat naik mengikut saiz yang dibenarkan iaitu 3MB untuk satu dokumen
  • Hanya 5 dokumen yang dibenarkan muat naik
  • Hanya format pdf, png, jpg, jpeg yang dibenarkan
  • Digalakkan scan dokumen dalam 1 fail sekiranya melibatkan dokumen sokongan yang banyak tetapi terhad kepada saiz fail yang dibenarkan

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN UNTUK RAYUAN BPR

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dikemukakan berdasarkan alasan tidak lulus untuk buat rayuan BPR 2021:

Rayuan BPR 2021: Dokumen Yang Diperlukan Untuk Buat Rayuan Mengikut Jenis Alasan

Rayuan BPR 2021: Dokumen Yang Diperlukan Untuk Buat Rayuan Mengikut Jenis Alasan Rayuan BPR 2021: Dokumen Yang Diperlukan Untuk Buat Rayuan Mengikut Jenis Alasan Rayuan BPR 2021: Dokumen Yang Diperlukan Untuk Buat Rayuan Mengikut Jenis Alasan Rayuan BPR 2021: Dokumen Yang Diperlukan Untuk Buat Rayuan Mengikut Jenis Alasan Rayuan BPR 2021: Dokumen Yang Diperlukan Untuk Buat Rayuan Mengikut Jenis Alasan Rayuan BPR 2021: Dokumen Yang Diperlukan Untuk Buat Rayuan Mengikut Jenis Alasan

CARA BUAT RAYUAN BPR

Permohonan rayuan BPR boleh dibuat secara online atau secara manual di kaunter khas LHDN. Rayuan secara manual mestilah dibuat dengan mengemukakan Janji Temu terlebih dahulu. Berikut adalah cara rayuan:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian khas hotline BPR 1-800-88-2747.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma