Cara Buat Semakan Permohonan BPR 2021 Secara Online

Tempoh permohonan dan pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 kini dibuka sehingga 25 Februari 2021 (tarikh tutup tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa). Sekiranya anda sudah berjaya mengemukakan permohonan BPR 2021, anda hanya perlu buat semakan permohonan BPR 2021 pada tarikh yang akan diumumkan.
Semakan permohonan BPR 2021 boleh dilakukan secara online sahaja dengan log masuk ke akaun BPR di laman web rasmi BPR 2021.
Berikut adalah langkah-langkah log masuk dan buat semakan permohonan BPR 2021.
Baca juga: Cara Mohon BPR 2021 & Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
Isi Kandungan
SEMAKAN PERMOHONAN BPR 2021
Pemohon yang telah berjaya buat permohonan atau kemaskini permohonan BPR 2021 boleh buat semakan permohonan BPR 2021 dengan langkah-langkah berikut:
- Pergi ke pautan bpr.hasil.gov.my
- Klik LOG MASUK di bahagian atas halaman
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik SEMAK
- Sahkan kata kunci dan masukkan kata laluan. Klik LOG MASUK
- Klik SEMAKAN STATUS
- Status Permohonan anda akan dipaparkan
- Bagi yang lulus bayaran Fasa 1 BPR, anda boleh lihat Maklumat Bayaran
- Klik Maklumat Bayaran. Maklumat pengkreditan akan dinyatakan.
MAKSUD SEMAKAN PERMOHONAN BPR 2021
Dah buat semakan permohonan BPR 2021, ketahui maksud status permohonan BPR 2021 yang dinyatakan:
- Permohonan Diterima
– Permohonan anda telah berjaya dihantar - Permohonan Sedang Diproses
– Permohonan anda masih dalam proses untuk penentuan kelulusan permohonan - LULUS
– Permohonan anda telah diluluskan.
– Anda hanya perlu tunggu bayaran dilakukan mengikut JADUAL PEMBAYARAN BPR 2021 - GAGAL
– Permohonan anda gagal atas sebab-sebab tertentu.
– Anda boleh buat permohonan rayuan apabila dibuka nanti
Permohonan BPR 2021 adalah dibuka sehingga 25 Februari 2021. Buat masa sekarang, semua status permohonan BPR 2021 adalah PERMOHONAN DITERIMA bagi permohonan yang telah berjaya dihantar.
Keputusan kelulusan semakan permohonan BPR 2021 akan dinyatakan pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkaitan semakan permohonan BPR 2021, anda boleh terus ke cawangan LHDNM berdekatan.