Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru • Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •

Syarat Pemberian Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas Sebab Kecemasan Am, Banjir Dan Lain-lain

Oleh Cikgu Shaari • December 22, 2021 • 2 min baca

Syarat Pemberian Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas Sebab Kecemasan Am, Banjir Dan Lain-lain
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pada tahun 1986, kerajaan telah mengeluarkan PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 1986: PERATURAN MEMBERIKAN KEBENARAN TIDAK HADIR KERJA ATAS SEBAB-MUSABAB KECEMASAN AM untuk menetapkan peraturan bagi memberikan kebenaran kepada pegawai-pegawai yang tidak hadir bekerja atas sebab-sebab kecemasan.

Sebab-sebab kecemasan yang membolehkan pekerja mendapatkan kebenaran tidak hadir kerja adalah seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi, jambatan runtuh, lain-lain malapetaka dan bencana alam, perintah berkurung dan perintah sekatan am oleh pihak berkuasa dan lain-lain.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan syarat pemberian kebenaran tidak hadir kerja seperti yang dinyatakan dalam pekeliling.

TUJUAN PEKELILING

Pekeliling perkhidmatan 1/1986 ini dikeluarkan dengan tujuan untuk:

  • Memberi kebenaran kepada pegawai untuk tidak hadir bekerja atas sebab-sebab kecemasan am seperti banjir, tanah runtuh berkurung dan perintah sekatan am oleh pihak berkuasa yang menyebabkan terhalang

KADAR JAM/HARI DIBENARKAN

Pemberian kebenaran untuk tidak hadir kerja atas sebab musabab kecemasan am adalah bagi tempoh berikut:

  • Tempoh berlakunya kecemasan am : Jam/ Hari

SYARAT PEMBERIAN KEBENARAN

Pemberian kebenaran tidak hadir kerja atas sebab musabab kecemasan am adalah dengan syarat:

  • Kecemasan am: banjir, tanah runtuh, gempa bumi, jambatan runtuh, malapetaka-malapetaka lain, bencana alam, perintah berkurung dan perintah sekatan am oleh pihak berkuasa
  • Terhalang perjalanan ke pejabat atau ke tempat bekerja biasa
  • Pengesahan kejadian kecemasan am atau perintah tertentu oleh Pegawai Daerah atau Penghulu, Ketua Balai Polis, Pegawai Penerangan Daerah, Pegawai Kebajikan Daerah atau melalui siaran media massa
  • Pegawai kemukakan perakuan kepada Ketua Jabatan

PERAKUAN TIDAK HADIR KE PEJABAT

Untuk mendapatkan kebenaran untuk tidak hadir ke pejabat atas sebab kecemasan, anda boleh dapatkan perakuan tidak hadir ke pejabat atas sebab-sebab kecemasan mengikut pekeliling perkhidmatan Bil 1 Tahun 1986 yang disediakan di bawah:

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.