Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Tawaran Moratorium 6 Bulan Bank Rakyat & Bantuan Prihatin Banjir Bank Islam Buat Mangsa Banjir

Oleh Cikgu Shaari • December 23, 2021 • 2 min baca

Tawaran Moratorium 6 Bulan Bank Rakyat & Bantuan Prihatin Banjir Bank Islam Buat Mangsa Banjir
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) yang prihatin terhadap pelanggannya yang terkesan dengan bencana banjir menawarkan bantuan moratorium manakala Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) menyediakan Bantuan Prihatin Banjir bagi membantu pelanggan pembiayaan yang terjejas akibat banjir buruk yang melanda beberapa kawasan di seluruh negara.

Inisiatif itu bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir dan pada masa yang sama berdepan pula dengan kekangan kewangan akibat pandemik COVID-19. Pelanggan yang terjejas dah boleh buat permohonan bila-bila masa.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bantuan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TAWARAN BANTUAN BANK RAKYAT & BANK ISLAM

Bank Rakyat

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) yang prihatin terhadap pelanggannya yang terkesan dengan bencana banjir menawarkan:

  • Bantuan moratorium sehingga enam bulan bermula semalam.

Bank Islam

Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) menyediakan Bantuan Prihatin Banjir bagi membantu pelanggan pembiayaan yang terjejas akibat banjir buruk yang melanda. Di bawah inisiatif ini, pelanggan yang mempunyai kemudahan pembiayaan bank terbabit boleh memohon:

  • Bantuan kewangan untuk tempoh sehingga enam bulan terhadap komitmen bulanan
  • Tiada sebarang bayaran dikenakan bagi penggantian kad ATM dan debit serta buku cek yang rosak atau hilang ekoran bencana yang berlaku

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Sokongan Banjir Oleh Maybank Buat Pelanggan & PKS Yang Terjejas

CARA MOHON KEMUDAHAN BANTUAN BANK

Permohonan bagi mendapatkan kemudahan pembiayaan Bank Rakyat dan Bank Islam boleh dibuat dengan langkah berikut:

Bank Rakyat

Pelanggan individu dan perusahaan mikro boleh memohon bantuan moratorium melalui e-mel morabanjir21@bankrakyat.com.my dengan menyertakan:

  • nama penuh, nombor  kad  pengenalan, alamat terjejas, nombor telefon bimbit untuk dihubungi, jenis pembiayaan dan salinan bil utiliti yang mengesahkan alamat pelanggan.

Manakala pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh terus menghubungi Pusat Perniagaan PKS dan Koperasi (SME & Cooperatives (SMEC) Business Centre) bagi mendapatkan bantuan, jelas Bank Rakyat.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh hubungi Pusat Panggilan di talian 1300 800 800, layari laman web rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my dan mengunjungi cawangan Bank Rakyat

Bank Islam

Permohonan Bantuan Prihatin Banjir Bank Islam boleh dibuat melalui laman web rasmi Bank Islam di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Prihatin Banjir BIMB dan senarai cawangan yang beroperasi, sila rujuk laman web BIMB di www.bankislam.com atau platform media sosial, Bank Islam Malaysia.

Pelanggan juga boleh menghubungi Pusat Panggilan BIMB di talian 03-26 900 900 atau emel ke contactcenter@bankislam.com.my untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.